This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Sudah pindah

Sudah pindah ke http://abjadmenjadicerita.blogspot.com/

Sekian terima kasih. 0 comments

Ingatan dari Orang Ostrolia

Puk!! Jatuh terkelepuk. Baca tajuk pun dah boleh buat orang pengsan. Siapa-siapalah orang Ostrolia yang hendak ingat-ingat sama saya sangat tu. Macam biasa, tittle entry sentiasa hangat daripada biasa. Sebenarnya hendak menberitahu yang ini sahaja. Ini. Ini. Kejap mahu upload gambar.

Dang~~ Kecoh sungguh. Dapat sampul Pos Ekspress pun mahu tunjuk dalam blog? Haiippppp..Sampul bukan sebarang sampul. Sampul berisi duit berkepul-kepul. Kalau postman tu tahu dalam sampul ni ada duit berkepul-kepul, dijamin sampul ini takkan sampai ke tangan saya punya.

Ngeee~~ Nah inilah pengirimnya. Gembira kepalang dapat bungkusan daripada nurulism.com ni. Saya pembaca tegar blog beliau dari tahun 2005 lagi. KehKeh. Err. Alamak. Sampul kotor. Sila salahkan Encik Postman. Agaknya lepas makan tengahari kari kepala ikan, basuh tangan tak cuci, terus datang hantar bungkusan ni pada saya. Encik Postman, sungguh tidak senonoh. Apa?? Mahu tengok apakah isi kandungannya. Baiklah. Baiklah. Sekejap mahu upload.



Taraa~~ Nah. Inilah dia yang dikatakan ingatan dari orang ostrolia. HaHaHa. Anyway, bungkusan di kirim dari Cheras sebab Chika sedang berada di sini sekarang. balik bercuti untuk sambutan Aidiladha bersama family. Ini adalah hadiah kenang-kenangan sempena Contest Dialog Tiga Hati anjuran beliau. Owh, tidak ada tiket untuk ke ostrolia bersama-sama beliau nanti. Jangan perasan, dan untuk yang beria-ia nak ikut saya pergi ostrolia pun jangan berangan. Postcard dari Tangalooma-Moreton Island ada. Kalau nak tumpang berangan sambil baca poskad boleh. Saya alu-alukan. 

Note : Hari ni tak ada apa-apa note!
3 comments

Ku Pohon Ampun Maaf

Tidak ada dalam dunia ini manusia yang perfect, melainkan Rasullulah s.a.w yang bersifat maksum. Salah dan silap seringkali di ulang laku. Sesekali kita terlupa kita pernah buat salah satu masa dahulu, lalu mengulanginya lagi. Selepas sedar akan kesilapan, segeralah meminta maaf kepada orang yang kita lakukan kesalahan itu. Namun bagaimana. jika kemaafan itu di tolak walaupun berulangkali kemaafan di pohon?

Setiap manusia ada batas kesabaran, jika satu masa ia meledak itu bermakna, hatinya sudah tidak kuat untuk menahan seorang diri. Dan sesekali itu jika dia meledak orang yang terkena tempiasnya akan merasa bisa. Bisa itukah yang membuatkan kemaafan itu sukar diterima? Ya mengaku saja bila kita berbuat salah. Jangan menuding jari ke arah orang lain mengatakan dia, dia dan dia yang salah. Kerana satu jari yang menuding kesalahan ke arah orang lain, ada lagi tiga jari yang menuding balik ke arah kita.

Buat 'org tu' saya minta maaf. T____________T. Menagis sedih satu sungai.
4 comments

Perjalanan Menghantar

Dang~~ tu dia, mood malas sudah mari. Sudah berapa lama tak update blog? Sekarang mari kita update blog. Itupun hanya entry bergambar saja. Kalau rajin caption dia akan jadi panjang-panjang. Kalau buntu, caption dia akan jadi sepatah dua kata saja.

Gambarajah pertama : Tuah bersama Paksu dia. Malam ni sebenarnya hendak pergi hantar Tuk Ngah Tuah ke Lembaga Tabung Haji. Tuk Ngah Tuah akan menunaikan fardhu Haji di Kota Makkah. Jadi semua ramai-ramai pergi hantar. Masa ni, Paksu bawak pergi makan-makan dulu. Tempat makan ni berdekatan dengan Queensbay tepi pantai, apa nama entah lah Seri Pantai ke Seri Mersing ke, bunga Seri Pagi ke, dah lupa.

Gambarajah kedua : Dengan Maktok pulak. Seronoklah anakku itu. Berlepas dari satu tangan ke tangan yang lain. Mama Abah dia lagi lah seronok, boleh berlepas penah lelah seketika. Sedap jugak makanan di situ, ada ikan siakap, ada siput lala, ada telur goreng dadar, ada tomyam pedas, ada sotong goreng celup tepung, nasi semangkuk besar, air oren. Dan harganya : Taraaa RM 47.00 sahaja. Berbaloilah. Sebab makanan dia semuanya sampai dalam kuantiti yang banyak. Empat orang memang tak habis makan. Paksu yang juara makan pun boleh kalah.

Gambarajah ketiga : Situasi di Lembaga Tabung Haji. Sanak saudara dan waris yang datang menghantar para jemaah beratus, mungkin cecah ribu. Jemaah menghabiskan masa sebelum di panggil wakil Tabung Haji untuk berehat di bilik yang disediakan sebelum menaiki penerbangan keesokkan harinya. Maaflah, tiada gambar Tuk Ngah Tuah. Sedih sangat sampai terlupa nak ambil gambar beramai-ramai. Tak apa, nanti bila Tuk Ngah dah balik, kita pergi sambut di airport beramai-ramai. Masa tu sudah tak sedih sangat, bolehlah ambil gambar beramai-ramai.

Gambarajah keempat : Esok malam menghantar famili sepupu balik ke KL pula. Ini famili anak makngah yang sudah berlepas ke Makkah siangnya. Malam menghantar mereka pula. Itu budak berdua tu, Ainul dan Aishah bersama Ummi dan Adik Afnan di belakang. Kasihan, malam itu gerabak mereka tak ada air cond. Habislah berpeluh sementara nak sampai ke KL nun.

Gambarajah terakhir : Tuah dengan Paksu, bersembang dengan Paklong Ajun di muka pintu train. Tuah tu macam nak naik train je. Nanti lah Tuah, Mama Abah bawak Tuah naik train tau. Buat masa ni redha saja dengan Ferrari hebat kita tu. Best apa, Mama bawak laju kan. Best kan naik kereta dengan Mama. Okay itu saja, cerita bergambarajah seperti di atas. Next entry : Tak tahu bila lagi.

Note : Mana lebih sedih? Kita yang menghantar orang-orang tersayang untuk pergi, atau orang-orang tersayang yang meninggalkan kita di sini.
1 comments

Penemuan Baru : Perkahwinan Dua Pokok Tanpa Restu

Tadi tengahari melepak di kaunter peyambut tetamu. Owh..waktu rehat ya! Mind you.. Sedang bergossip seronok-seronok, ada sorang pakcik bawak masuk sepohon pokok hijau. Sebelum tu saya tengok dia dengan tukang kebun tengah mencabut rumput di kawasan kolam hadapan pintu masuk bangunan utama. Dia membawa satu penemuan baru.

Alkisahnya pokok berdua ni, sudah berkahwin. Tapi kahwin tanpa restu, agaknya mereka berdua kahwin di Siam, datang menetap untuk membina hidup baru di perkarangan pejabat saya. Malangnya akibat berkahwin tanpa restu kedua-kedua keluarga, hayat perkahwinan mereka tak panjang. Mereka berdua menemui ajal bersama-sama. Tapi tak tahulah saya, kalau pakcik tadi pergi tanam balik. Lalu mereka akan terselamat dan hidup bahagia selamanya.



Okay, dapat notice tak?? Ada dua pokok yang berlainan? Satu adalah pokok semalu. Yang bila kita sentuh daun dia, dia akan menguncup. Satu lagi adalah pokok sabun. Saya pun tak kenal pokok sabun macam mana, tapi pakcik tadi bagitahu macam tu lah nama dia.

Berita terkini saya dapat tahu, pokok tersebut berada di dalam genggaman makcik cleaner. Tak tahulah saya kalau esok tiba-tiba muka dia terus glemer terpampang muka depan paper Metro dengan pokok ni. Saya harap pokok ni dapat survive bersama. Jangan putus asa, bina lah semula rumahtangga anda ya pokok berdua.

Note : Agak-agak tajuk entry ni kalau masuk paper Metro boleh meletops tak? KahKah.
3 comments