This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Mawar itu Merah dan Salji itu Putih

Bulan ini sudah erm…Nov, Dis, Jan, Feb…erks hampir empat bulan saya sudah bergelar Cik Puan. Mind you, perlu ada Cik jugak okay, walaupun sudah ada tambahan Puan selepas Cik. Bukan apa, supaya saya sentiasa kelihatan muda, HAHAHA dan masih ada saham, HAHAHA…! Bukankah ada sedikit ciri-ciri kegatalan disitu…tak baik tau, derhaka pada suami, nanti tak bau syurga. Taat! Taat! Taat!

Majlis gilang gemilang, kilau kemilau,silau kesilauan…erks macam-macam pulak ayat saya buat…majlis saya berlangsung pada 22hb November 2008. Jam 11.30 pagi saya selamat diakad nikahkan oleh ustaz qariah di Masjid sebelah rumah. Fisrt time saya masuk ke masjid tu, malu pulak nak mengaku, tapi mengaku sajalah…saya masuk ke masjid itu sebagai tunang dan sebagai isteri kepada suami saya pada hari itu. Tsk..tsk..tsk..tiba-tiba dada berasa sebak, rasa macam nak menagis mendayu-dayu, syahdu lah rasa bila diingatkan momen-momen itu.

Syahdu tau, siapa-siapa yang belum berkahwin, cuba kau orang semua rasa sendiri nanti. Saya membagi amaran awal, sediakan kotak tisu, bersama bekalan tisu, kalau kotak tisu kosong sahaja buat apa. Tak da makna okay. Kalau jiwa kau orang semua tak kental seperti saya, janganlah berlagak gagah membawa diri dan muka yang sudah di make up itu sahaja, bawak lah bersama, tisu, bedak, gincu, air mineral dan sedikit kuih muih sebagai bekalan sementara menunggu ustaz tersebut datang. Saya kelihatan sangat gagah pada hari tersebut, kerana berlagak selamba yaya sahaja pada hari itu, dengan membawa diri, dan muka yang sudah di make over menjadi seperti seorang pengantin. Tentulah muka pengantin kan, takkan lah pulak ustaz tersebut. Oh ya! Tanpa tisu okay! Sebab saya sangat gagah, tidak memerlukan tisu yang lemah dan lembik itu. Dan juga tanpa bekalan-bekalan yang lain. Hanya membawa diri dan oh ya! Sebijik hand bag Vincci, apa akal lah saya membawa handbag pada hari itu. Sudah pincang sedikit ciri-ciri kegagahan saya.

Selamat di ijab kabulkan saya terus meluru memeluk ustaz tersebut, sebab terlalu terharu dan gembira saya selamat menjadi isteri kepada suami saya. Ustaz tersebut terkejut dengan tindakan saya, lalu terus berlari mengelilingi masjid, saya terus mengejar, sambil diikuti suami dibelakang. Sambil disaksikan saudara mara saya dan juga saudara mara suami saya dan juga saksi-saksi, dan juga photographer saya, dan juga orang yang lalu lalang di situ…HAHAHA (okay perenggan ini penuh dengan penipuan tahap tidak masuk akal).

Selepas zohor, saya berangkat ke dewan untuk acara makan-makan dan bersanding dimeja makan, okay, takda majlis bersanding sebab saya sangat malu untuk menunjukkan muka berlama-lamaan di atas kerusi sambil disaksikan oleh ramai peminat (Peminat?). Saya seorang yang sangat low profile, lalu memilih untuk membuat acara makan beradat sahaja. Memadailah bukan, lagipun saya tiada mendapat tajaan daripada Jakel, atau Habib Jewel, atau Poh Kong, atau Kedai Emas Anuar sebelah D-Lima. Oleh itu tiadalah majlis yang gilang gemilang naik kapal terbang atau kapal selam. Saya hanya menggunakan pengangkutan seekor gajah yang sangat jinak untuk membawa saya ke dewan makan tersebut. Sangat malu lah okay naik gajah! Lalu mengambil keputusan untuk menumpang kereta yang lalu lalang on the way ke dewan, gajah itu saya tambat di tiang traffic light hadapan masjid dengan harapan dia tidak menganggu lalu lintas di situ.

Sangat seronok menjadi seorang raja sehari, eh saya permaisuri bukan? Menjadi permaisuri sehari, dua hari…ahh! Hari-hari pun apa salahnya…semua orang datang berjumpa dengan saya, sambil membawa hadiah yang besar-besar, kecil-kecil pun ada, sampul duit pun ada, semua saya terima.hehehe. seronok lah bila semua memuji saya kelihatan comel pada hari itu, maksuk saya extra comel, kerana pada hari biasa pun saya sentiasa kelihatan comel. HAHAHA. Ayat pembunuh diri namanya ini. Menjadi seorang pengantin tentulah mendapat puji-pujian, kalau tidak cantik pun, tetap dikatakan cantik, supaya pengantin berasa seronok, dan tersenyum sepanjang hari. Ingat senangkah mahu senyum sepanjang hari?? Cuba kau orang semua buat sendiri. Kebas mulut tau..!

Alhamdulillah, majlis saya berlansung dengan selamat, dan makanan jugak cukup. Itu yang paling penting, dan yang paling saya risaukan. Saya mahukan semua tetamu yang datang,membagi hadiah, makan dan pulang dengan perut yang gembira. Akhirnya majlis bertemakan Mawar itu Merah dan Salji itu Putih selamat dengan happy ending. And we live happily forever…doa-doakan lah..


No comments: