This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Tragedi Berdarah-darah

Pada hari semalam iaitu hari Isnin, ada dua tragedi yang telah menimpa saya,yang telah membuatkan saya menangis meraung-raung sampai hampir rabun mata. (padahal memang sudah rabun pun, sengaja mereka-reka cerita). Mr.Hubby sangat susah hati melihat keadaan saya sampaikan dia berkata '' abang mesej mama suruh dia buat rendang ayam, macam yang hari raya punya ek??'' haikk? tiada kena mengena lah dengan peristiwa membunuh diri saya ini!
Tragedi I
saya tidak sangka mengapa dia sanggup membunuh diri dengan secucuk paku. erkss.. secucuk paku? bukan kan? seketul paku? sekaki paku? sebiji paku? serumpun paku? ohh ya! sebatang paku! kenapa memilih paku untuk membunuh diri, mengapa kau tidak memilih objek lain seperti pensel kah?pembaris kah?mouse kah? steel tape 30m kah? tidaklah saya meruntun sedih, jiwa lara, layar lara seperti ini.
akhirnya alhamdulillah engkau dapat juga diselamatkan oleh beberapa pakar keselamatan, engkau tahu bukan, saya tidak mampu untuk menolong kerana tidak cekap dalam mengendalikan kes-kes terpencil seperti ini. sangat gabra, kerana takut melihat darah yang membuak-buak itu keluar. saya sangat takut akan darah okay! lain kali tolong jangan buat lagi, kalau hendak membunuh diri jugak, tolong jangan buat didepan saya, ataupun tolong jangan mengeluarkan darah yang begitu banyak. keluarkan duit yang sangat banyak untuk saya, tak apa. boleh dimaafkan. engkau mahu membunuh diri seratus ribu kali pun tidak mengapa. saya sangat suka. kalau engkau tidak mahu membunuh diri pun, saya yang akan pergi membunuh engkau. hahaha! bukankah tadi sangat trauma, mengapa sekarang saya menjadi sangat kejam seperti puak Israel neh?
sampai hari ini saya belum membawa engkau untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. sangat malas, okay. itulah siapa suruh memandai-mandai pergi membunuh diri, sekarang menyusahkan saya pulak untuk membawa engkau ke sana ke sini mendapatkan rawatan lanjutan. duit kau tahu, duit!! ingat saya begitu more jutaria kah? ada duit berguni-guni, erkss..bukan, duit berpeti-peti, erkss bukan..duit ber bank-bank. orang sekrang tidak menggunakan gunilah untuk menyimpan duit!
Mr. Hubby pun tergelak-gelak melihat keadaan engkau yang sangat hodoh dan selekeh, sampai malu untuk mendekati engkau. saya juga yang muka tidak tahu malu, masih mahu mendekati engkau, dan mahu juga membawa engkau mendapatkan rawatan. okaylah, sebentar lagi saya bawaklah engkau pergi ke kedai tayar. tampal dan tukar balik tayar yang pancit tuh. sangat tidak seronok melihat tayar yang pancit itu tersadai di belakang bonet kereta sambil mendengar bunyi yang mengerikan keluar dari bonet belakang kereta.
Tragedi II
okay, sudah berbelas tahun saya tidak melakukan perkara tidak masuk akal seperti ini, tapi entah angin apa yang membawa saya terbang semalam. tiba-tiba saya saya sudah tercegat di depan pintu pejabat beliau. sudah berbelas tahun saya cuba melupakan beliau. bagi saya, kehadiran beliau dan orang-orang seperti beliau adalah musibah. sebaik mungkin saya akan cuba menjauhkan diri dari orang-orang seperti beliau. tetapi jika saya fikirkan seperti orang yang cerdik pandai, of course lah saya pun orang yang cerdik pandai juga. mana mungkin seumur hidup saya dapat melarikan diri. huhuhu menangis dengan sangat sedih sambil menghirup nescafe.
saya cuba memberanikan diri walaupun sangat takut, muka saya sangat cuak. kalau ditoreh dengan pisau, nescaya tidak akan ada setitik darah pun yang keluar. yang ada hanyalah peluh-peluh dingin. maklumlah, pejabat beliau ada hawa dingin, kalau berpeluh pun tetap terasa dingin. saya cuba bertanya pada staf di situ, samada saya boleh berjumpa dengan beliau. mereka mentengok saya dengan penuh tanda tanya. mengapa? kedatangan saya mencurigakan kah? sampai perlu memberi kad pengenalan untuk diperiksa. saya tidak kisah, nak tengok sangat kad pengenalan saya dengan gambar saya yang bermuka kejam seperti zionis itu? ambiklah! ambik dan buat seorang satu salinan, supaya nanti kalau rindu-rinduan, bolehlah merenung gambar saya sepuas-puasnya sehingga engkau semua mendapat mimpi ngeri pada waktu malam.
hampir 15 minit mengunggu, beliau pun tiba, jantung saya tiba-tiba bergoyang sakan, sangat laju. saya berharap sangat pada waktu itu, jantung saya tidak akan jatuh ke lantai. malulah kalau semua orang tengok jantung saya jatuh. nanti mereka fikir saya telah jatuh hati. erkss..jantunglah bukan? jatuh jantung, bukan jatuh hati. sebaik sahaja beliau melangkah masuk, saya menundukkn muka. rasa sangat berdebar untuk bertentang mata dengan beliau. mujur juga beliau tidak nampak kekalutan saya. kalau tidak malulah saya. macam mana untuk berdepan dengan beliau.
sebentar kemudian, staf di situ memanggil saya. dengan langkah goyah, rasa terketar-ketar kaki saya. kalau ada seorang lelaki kacak di situ boleh juga saya berpura-pura pengsan di atas beliau. tentu dia akan mengahantar saya balik ke rumah, dan sejurus sampai di rumah nanti saya akan dilempang laju-laju oleh Mr.Hubby. sambil bertanya, pengsan atas makcik-makcik tidak bolehkah? mengapa gatal? bukankah sebelum pergi kerja sudah berjanji setia tidak akan gatal-gatal dan nakal? huhuhuhu..atas sebab itulah saya mengagahkan juga kaki ini melangkah untuk berjumpa beliau. dan bertekad walauapapun terjadi saya tidak akan pengsan!
masuk ke pejabat beliau, saya duduk senyap. tidak berani bertentang mata. beliau sibuk menulis sesuatu.hey! tengok sinilah...saya sudah datang! sudah berbelas tahun kita tidak berjumpa. akhirnya dia mengangkat muka, dan bersuara :
'' SAKIT GIGI YANG MANA CIK?''

No comments: