This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

u waste my time!

entry ini akan berciri pendek dan penuh emosi okay. bukan apa, saya jarang-jarang suka marah pada orang, apatah lagi pada kawan-kawan. tapi kawan-kawan tolong jangan ambik kesempatan di atas kebaikkan hati saya yang suci murni ini.

kalau berjanji hendak melakukan sesuatu dengan saya, tolong pastikan anda menepati janji. dan tolong jadi seorang manusia yang menepati waktu. walaupun saya bukanlah seorang yang menepati waktu, tetapi bila berjanji dengan orang saya akan letakkan 100% komitmen untuk memastikan saya sampai tepat pada waktu dijanjikan.jangan suka suka membuat onar pada saat-saat akhir. anda tahukan betapa orang lain akan turut terlibat di atas keputusan anda tersebut. bukan seorang, bukan dua orang, mungkin berorang orang. jangan jadi seorang manusia yang sangat pentingkan diri sendiri. jangan jadi seorang manusia yang hanya memikirkan dalam duni ini hanya hidup anda yang penting, sehingga anda boleh mengenepikan perasaan dan kepentingan orang lain. saya anggap anda tidak faham sepenuhnya konsep berkawan, tetapi mendapat markah penuh dalam konsep kawan makan kawan.

tahniah kepada anda kerana berjaya mensia-siakan masa saya selama 3 jam tanpa sebarang faedah. terima kasih!

2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Uhhh.. nape ni Nomi huhu.. akak pun baru wat entry geram haha.. jangkit² la nak marah² ni hehehehe ;p

tun~teja said...

hahaha! geram la kak ayu...nak marah kat orang tak reti, marah kat blog jelah.