This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kehilangan Selera!

Masalah negara yang paling besar yang dihadapi oleh saya sekarang adalah kehilangan selera untuk makan. Sudah puas saya cari, selidik, upah penyiasat untuk mencari kemanakah hilangnya selera saya tersebut. Sangat bermasalah okay, bila anda tidak bernafsu untuk makan. Seperti dunia anda tiada bekalan elektrik tahu. Teraba-raba mencari torch light. Tidak dapat menonton siaran kegemaran anda di tv. Saya pula teraba-raba mencari pinggan, tetapi bila dah jumpa, tidak ada punya selera untuk makan.

Masalah tersebut bukan sahaja terlibat kepada makanan yang kurang saya gemari, malah turut mempengaruhi makanan-makanan kegemaran saya seperti sate, moi sup, ayam goreng dan sebagainya. Peliklah! kemanakah selera saya hilang? Mr.Hubby saya sangat bimbang dan marah kerana saya tidak mahu makan. Sehingga pada satu tahap, saya akan bertindak menarik-narik rambut seperti orang hilang pedoman hidup, tiada rukun iman di dada, tiada mengamalkan rukun islam dalam hidup, semata-mata tidak mahu makan. Mr.Hubby kelihatan sedikit cuak lalu terus berlari masuk ke dalam bilik sambil membawa sepinggan nasi. ah! saya tipu saja..sebenarnya dia terus makan tanpa rasa sedikit terganggu dengan tindakan saya tersebut. Tak apalah, jangan sampai dia menelefon agen bomba dan penyelamat sudahlah! Nanti riuh setaman. Saya juga yang malu.

Pada pagi Jumaat yang permai ini, kawan saya telah pun memasakkan bubur durian, dan membawa sedikit untuk saya. Oh i love u! Thank you very much! Saya sangat suka bubur durian yang di cicah bersama roti gardenia. sangat tidak sabar untuk memakannya. malangnya apabila roti dan bubur sudah pun berada di dalam genggaman, saya hanya mampu makan sekeping roti bersama sepiring bubur sahaja. bakinya di selesaikan oleh rakan-rakan yang lain. saya hanya melihat mereka makan dengan penuh nikmat. sebentar lagi saya akan keluar bersama-sama rakan sepejabat untuk ke jusco. kami berjanji untuk berhola hoop, memakan KFC di sana. sebagai meraikan hari Jumaat. ceh apatah alasan yang saya bagi neh, sungguh tidak bijaksana. Malang betul kak Ayu terpaksa membaca entry berciri tidak bijaksana seperti ini. sekejap lagi kita lihat pulak apakah hasilnya memakan KFC. adakah saya mampu menghabiskan sepinggan, ataupun saya hanya mampu melihat kawan-kawan saya makan.

p palang s: walaupun saya kehilangan selera makan, berat badan masih belum hilang. ceh! berat badan, bila kau mau hilang pulak? saya mau buat pesta jimba-jimba bila kau hilang nanti.

2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Hahaha.. apasal akak yg malang :p

tun~teja said...

sebab terpaksa membaca entry yang tak ada arah tujuan. membuat entry macam orang tak ada pedoman idup.hahaha!