This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Wedding Dash 2



Hahahaha! Abis saya kena marah dengan Kak As sebab dah lupa macam mana nak print screen, padahal senang sangat. Macam buat magic saja, buat , nak buat magic lagi susah. Pastikan saya tidak bertembung dengan Kak As dalam masa terdekat nih, kalau tidak mau bergelimpangan jari jemari saya kena jentik dengan beliau sebab dah lupa tunjuk ajar dari beliau tidak sampai setahun yang lalu.

Yang saya beria-ia nak print screen nih bukannya ada apa-apa pun, bukan kena buat presentation ke apa ke, saya saja nak menunjuk dengan kawan-kawan yang pejabat saya sekarang sedang dilanda wabak bermain game secara tidak henti-henti. Wabak ini menyerang tidak kira lelaki, perempuan, tua atau muda. Bos saja yang tidak terkena jangkitan wabak ini, engkau nak kena penggal kepala kah pergi menyorong computer tarik computer seperti sorong papan tarik papan, buah keranji atas perahu yang berisi perisian berupa game seperti ini.

Game ini sangat seronok tahu, sampai tidak ingat hendak balik ke pangkuan suami walaupun jam sudah pukul 5.00 petang. Sampaikan tidak ingat untuk balik memasak ke, membasuh baju ke, membancuh air milo untuk minum petang suami ke, membeli kuih muih di gerai tepi jalan ke apa ke, semuanya berpunca dari game Wedding Dash 2 ini lah. Sebenarnya ini adalah second version, version pertama sudah pun saya khatam berbulan yang lalu. Kemudian ada rakan-rakan sepermainan telah mendownload game ini dan mensave kedalam computer saya secara gembira. Maka sejak adanya game ini, saya melekat sentiasa di hadapan computer sambil menatap screen computer dengan penuh tekun seolah-olah sedang bertungkus lumus membuat kerja yang penting.



Game ini adalah berkisarkan seorang Wedding Planner yang masuk competition untuk mendapatkan tender bagi menlaksanakan wedding anak perempuan seorang kaya yang ntah nama apa ntah. Saya dah lupa. Tapi di awal pengenalan game, akan diceritakan detail nya kepada pemain. Cara penceritaan adalah seperti komik, best lah! Memanglah bagi seorang yang dewasa tapi terperangkap dalam tubuh budak sekolah seperti saya yang masih menonton cerita cartoon dan membeli komik memanglah sangat best. Tapi memang best pun. Tak tipu lah!

Game ini ada 5 stage, di mana 5 stage tersebut adalah di Negara-negara yang berlainan dan disetiap stage akan ada 10 peringkat yang harus dilalui sebelum dapat meneruskan perjalanan ke Negara yang seterusnya. Pada setiap peringkat kita perlu memilih menu makanan atau kenderaan atau hiasan seperti yang dikehendaki oleh pengantin. 3 pilihan yang tepat akan mendapat bonus $300. Kemudian pelayan akan melayan semua tetamu yang hadir dengan menghidangkan makanan-makanan yang diminta oleh tetamu. Oops lupa pula, sebelum tu pelayan kena lah mengutip semua hadiah yang di bawa tetamu dan beri pada pengantin, kalau tak naik angin pengantin tu nanti, bertukar menjadi king kong tahu! Ok sambung balik… Setiap hidangan yang dihidangkan akan mendapat markah, bergantung kepada jenis makanan. Tetapi AWAS jika terlambat, setiap dari tetamu yang marah, naik angin $50 akan ditolak. Kita juga perlu menyusun kedudukan tetamu di meja mengikut kehendak tetamu-tetamu yang hadir, ada yang hendak duduk dekat meja cincinlah, meja bunga ros lah, meja loceng lah, yang hendak duduk di tepi Chloe lah, tepi Kembar lah, macam-macam permintaan. Masa ni lah menguji kecekapan dan kepantasan kita berfikir. Mana yang hendak dibuat dulu, kalau tak nanti, memang berterabur, tak dapat capai target yang diberikan, maka tak dapat lah kita move ke next stage. Macam tu lah permainannya…

Sekarang saya dah sampai ke stage 5.3, dekat Negara Thailand. Hehehe… Stage yang last ni memang susah nak lepas satu-satu.. Stage 5.3 ni pun dah berhari-hari saya berusaha secara gigih, tapi tak lepas-lepas lagi. Geram sangat-sangat. Saya tak sabar nak sampai ke stage 5.10 sebab nak tau ending dia macam mana. Aikk macam tengok drama Korean pulak, sibuk nak tau ending macam mana.

So, itulah sebabnya saya sibuk sangat sebulan dua nih, bukan nya apa, sibuk dengan Wedding Dash saya. Harap Maaf, segala kesulitan amat dikesali.

No comments: