This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

3 jam penuh penyeksaan

sangat sangat letih pada hari ini sebab terpaksa bersesak-sesak sambil berpanas-panas disertai dengan lenguh-lenguhan berdiri lama-lama di dalam klinik desa Alma. lain kali letak la kerusi banyak-banyak sikit dalam klinik tu, tak pun pasang la aircond. ibu-ibu mengandung ni kan mengalami simptom panas yang berlebihan daripada orang biasa-biasa. berpeluh-peluh saya pada hari ini. habis semua make up dah tertanggal dek kerana tangan ni asik mengelap peluh, dah la pergi ambik keputusan bijaksana pakai baju kurung warna hitam. konon-konon boleh nampak elegen dan kurus daripada ibu mengandung yang lain. sekali hambik kauuuu..!

agaknya orang ramai sangat hari ni sebab, minggu depan dah nak cuti aidilfitri. so, para jururawat masyarakat tersebut mengambil keputusan untuk menghimpunkan semua ibu-ibu mengandung ini datang beraya di klinik mereka seminggu lebih awal. tapi ya ampun...ramai sangat, sampai terpaksa berdiri dan meninjau-ninjau tempat untuk duduk. dapat jer tempat duduk, terus lompat duduk, tak nak pegi mana-mana dah. nasib saya agak baik tadi sebab dapat tempat duduk di bawah kipas, dan betul-betul ditepi tingkap. sambil main game henset, boleh tengok-tengok permandangan kat luar, boleh tengok ambulans lalu lalang.

hari ini saya buat ultrasound, untuk dengar degupan jantung baby. alahai baby saya bergerak ke sana ke sini, sampai susah nak detect kat mana baby berada. buas betul la baby saya nih, agaknya dia pun merajuk sebab terpaksa tunggu lama sangat, sabar la baby, kalau siap cepat pun bukan boleh berbuka awal.hahahaha! dari pagi jam 9.30sampailah pukul 1.00 baru saya balik pejabat, kalau ikut hati nak masuk lepas lunch hour, tapi nak masuk lambat pun nak merayap ke mana pulak sorang diri.

hmmm...lagi 2 minggu saya terpaksa pergi ke klinik lagi, untuk dapatkan suntikan kancing gigi pulak. sepatutnya hari ini, tapi saya berguling-guling menangis tak nak suntik hari ini. hahaha! suka suka hati saya saja bila nak cucuk bila tak nak cucuk. mcm ada share dengan klinik tersebut.oklah..sedang berkerja keras untuk mensiapkan beberapa kerja sebelum cuti aidilfitri..

2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Hamboi la ibu mengandung nihhhh

tun~teja said...

ha'ah laa...hamboiii la ibu mengandung nniihh..sungguh mengada-ngada...