This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Ketuk-ketuk Ramadhan

teruk saya kena bayar kepada sheila rusly kalau beliau tau saya guna tajuk rancangan beliau di dalam blog saya. kalau semalam pejabat saya telah memasak, pejabat?? hahaha yelah orang di pejabat telah memasak masalodeh, hari ini menu berbuka adalah cucur kodok, ataupun cekodok. apa jelah nama encik kuih tersebut, yang pastinya bahan utama adalah pisang yang manis. semanis manis tuan yang memasak cucur kodok tersebut.

saya sudah tidak tahan berada berlama-lamaan di pantry tersebut, meleleh air liur saya melihat cucur kodok bergelimpangan di dalam bekas berwarna pink tersebut. kalau tak kuat iman mau saja saya mencuri-curi makan cucur tersebut di bawah meja. kalau engkau curi-curi makan, mestilah makan ditempat tersembunyi tahu, kalau di tempat terbuka tak adalah namanya mencuri-curi makan. lama lagi ker nak berbuka, perut saya dah perit sangat nih tak sabar menanti waktu berbuka, nak berbuka cucur kodok. oh cucur kodok kesayanganku..

oh ya! berbalik kepada pertanyaan kak ayu, mengenai saya boleh berpuasa penuh..ye alhamdulillah saya di izinkan Tuhan untuk berpuasa penuh pada tahun ini. insyaAllah tahun depan kak ayu akan dapat seorang anak buah yang comel. comel macam siapa?? tentulah comel macam saya, habis takkan comel macam jiran sebelah rumah saya pula. sangat seronok menanti kehadiran orang baru.. :-)

pagi ini seperti biasa saya pergi membuat monthly check up, berat badan saya turun 0.5kg. alah sikit saja, tak sampai 1kg. itupun telah membuatkan saya terpaksa berulang ke klinik lagi 2 minggu dari hari ini. minggu nih baby saya berusia 5 bulan di dalam perut. saya dah boleh merasakan baby saya bergerak-gerak. seronok sangat bila dapat rasa baby dah mula bergerak. saya rasa baby dah dapat dengar saya bersembang dengan dia, sebab ada tindakbalas bila saya bersembang. paling seronok, bila saya suruh baby bergerak sebab papa dia nak tengok, terus dia bergerak-gerak.
hahahaha!

aikk bukankah tajuk ketuk-ketuk ramadhan??? mengapa beralih sampai cerita baby di dalam perut pulak? s

2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Waaaahhhh.. tahniahhhh!!! Bile due?

tun~teja said...

eemm..bulan januari 2009. ada lagi 4 bulan lebih.