This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Ramadhan yang dilimpahi rezeki

Sumpah Ramadhan pada tahun ini saya dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, tak la sampai melimpah ruah sangat, tapi ada la sedikit-sedikit. namun bagi saya rezeki tersebut sudah di anggap sebagai melimpah ruah. mungkin rezeki baby agaknya. hari ni pun telah mendapat rm 100 reload percuma dari seseorang dan mendapat ayam goreng beserta sup ayam untuk juadah berbuka, mungkin sampai bersahur. tapi rasanya bersahur, sebab saya dan mr. hubby jarang sangat berbuka puasa dengan nasi. selalunya kami berbuka dengan manisan dan kuih muih sahaja.

semalam saya dan mr.hubby berbuka puasa dengan bihun goreng, kuih samosa yang masih berbaki 2 ketul di dalam fridge, dan roti john dan air soya cincau. MasyaAllah, sangat kenyang. walaupun makan secara sedikit-sedikit tapi sangat kenyang sangat sangat...alhamdulillah. itulah yang saya kata rezeki melimpah ruah..

hari ni belum tahu juadah nak berbuka, sebenarnya teringin untuk memasak sesuatu untuk mr.hubby, tetapi keadaan tidak mengizinkan. semenjak saya pregnant, aktiviti memasak sudah terlalu kurang dijalankan. bukan malas, tapi tak boleh bau bawang dan membuat aktiviti menumis. boleh mendatangkan satu feel yang tidak enak pada tekak dan membuatkan saya loya. kalau loya nanti muntah, kalau muntah nanti batal puasa, kalau batal puasa nanti tak cukup sebulan, kalau tak cukup sebulan tak boleh raya, kalau tak boleh raya nanti tak der baju raya..oh! esok saya, mama, adik, cousin n mak ngah akan menjalankan aktiviti menghabiskan duit sempena aidilfitri. seronok sangat. dah lama tak keluar bersama famili macam ni. saya dah mendapat keizinan dari mr.hubby. thanks sangat-sangat sebab bagi chance kat wife dia untuk berpoya-poya.

hmm..bila dah ada life sendiri, masa dengan keluarga dirasakan amat berkualiti. dapat menghabiskan masa sehari pun sangat berpuas hati. saya menyesal tidak menghasbiskan masa bujang saya betul betul bersama keluarga dahulu. rasa seperti 26 tahun hidup bersama keluarga masih tidak cukup. sekarang saya dah ada kehidupan sendiri, yang perlu diuruskan sendiri. sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang cukup kuat tahu. kalau diri anda selembik sayur keladi, fikir dahulu untuk membina keluarga anda sendiri. takkan anda mahu bergantung dengan keluarga sendiri lagi jika dah ada kehidupan sendiri kan.

apapun, masa merubah segalanya. mahu atau tak mahu, semua orang akan melalui fasa kehidupan seperti ni. hanya pengalaman dan corak perjalanan yang berbeza.

3 comments:

Ayu Ikhwani said...

Nomi mane leh beli baju raye ah.. nnt dah bersalin nnt, tak muat dah.. so ape kate belikan utk akak jek? :p

tun~teja said...

hahahaha...tak kira, nak beli gak..nak beli kebaya ketat.hahahaha...

Ayu Ikhwani said...

Ya Allah ibu mengandung nihhhh :p