This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Ramadhan yang dirindui

Wahh cuba tengok ayat cik puan nih, poyo bukan main lagik..ramadhan yang dirindui..kedengaran seperti saya ini seperti seorang yang alim alimun kan saudara muslimin muslimat. masuk hari ni dah sebelas hari umat islam berpuasa. saya pun dah berpuasa sebanyak sebelas hari tau. tanpa ada pengurangan sedikit pun. insyaAllah, tahun ini saya akan berpuasa tanpa ada sedikit pun kekurangan jika di izinkan Tuhan. tentu hebat dan kagum gila diri sendiri bila dapat berpuasa sebulan ramadhan penuh.

hari ni di pejabat, saya dan kawan-kawan seperjuangan membuat masalodeh sebagai salah satu juadah untuk berbuka puasa hari ini. tajuk juadah yang dicadangkan hari ini telah pun dikeluarkan oleh saya sendiri. alhamdulilah mereka menerima pakai tajuk juadah tersebut, dan bertungkus lumus menyingsing lengan baju untuk membuatnya. mesti sedap ni. tak sabar nak tunggu waktu berbuka hari ini.

peninglah kepala tak tau petang nih nak berbuka makan apa, pasar ramadhan pun makanan yang dijual asik-asik tuuu jer..selang sebuah gerai, lauk. selang sebuah gerai lauk lagik, selang sebuah gerai lagi-lagi lauk. jual la chicken chop ker, mc donald ker, pizza hut ker...ciss cik puan nih, kalau nak semua makanan-makanan tu, pergilah berbuka di Jusco, semua ada.

alamak dah nak balik, nak kena pergi bungkus semua masalodeh tadi..

2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Waahhhh.. korg masak kat opis ke? Masalodeh tu ape ek? :">

Nomi, pregant ka? Kata leh posa penuh niiii

tun~teja said...

alaa kak ayu nih, masalodeh tu kuih yang ada kacang dal tu, lupa pulak nak snap gambar petang semalam. ha'ah, tahun ni boleh posa penuh..syok syok...