This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Jamuan Aidilfitri II

Kan kan kan..kan saya sudah berkata, majlis tersebut pasti ada saja kontroversi yang bakal menjelma. Tapi biarlah, bukan semua benda kita boleh buat dengan sempurna. Ketidaksempurnaan mematangkan kita. daripada kesilapanlah kita belajar untuk memperbaiki.

Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar. Semua yang hadir berpuas hati dengan jamuan tersebut. Jemputan hadir hingga ke saat-saat akhir, sehingga ke titisan peluh terakhir mereka berjuang untuk datang ke jamuan aidilfitri tersebut. Makanan juga semua sedap-sedap belaka. Ada nasi dalca, laksa, kuih-muih, ketupat rendang, sate, c.k.teow, ais kacang and minuman panas dan sejuk.

Saya sempat makan (sempat???) c.k.teow, laksa, sate dan ais kacang. Sebenarnya teringin sangat-sangat nak makan nasi dalca dan ketupat rendang, sebab nampak macam sedap. Malangnya tak sempat nak merasa nasi dan ketupat tersebut. Perut pula kenyang sangat masa tu. Tak apalah, tak ada rezeki saya dan baby agaknya. Sorry ya baby, nanti kita cuba cari nasi dan ketupat yang macam tadi tu tau..

Tahun nih saya tiada tugas untuk jamuan, tugas saya hanyalah untuk makan sahaja. maklumlah, keadaan tidak mengizinkan. Sudahlah..kan sudah beberapa tahun saya asyik melaksanakan tugas yang sama sahaja. Tahun ini, ramai orang baru, biarlah orang baru pula yang ambil alih. Lagipun tenaga mereka lebih diperlukan. Tahun depan insyaAllah kalu di izinkan Tuhan, saya bolehlah membantu apa yang patut. Asalkan ada team yang bagus untuk membuat kerja, bukan macam tahun ini. Sangat tidak sepakat.

Okay, sampai sini sahaja lah. Sudah mahu balik rumah dan makan ais kacang yang sudah cair tersebut. Malam ini perlu ke sesuatu destinasi bersama keluarga. Harap-harap malam ini saya dapat makan ketupat rendang dan nasi seperti tadi. Harap-haraplah.. Kalau tidak dapat pun tidak mengapa.

No comments: