This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Jamuan Aidilfitri

Pada hari yang berbahagia ini, di iringi dengan cuaca yang mendung, kadang-kadang suam-suam kuku dimana cahaya matahari hanya menunjukkan dirinya secara sedikit-sedikit, kemudian sembunyi di belakang awan sambil memakai sunglasess, Pejabat saya telah mengadakan satu jamuan Aidilfitri untuk semua warga kerja JKR di Pulau Pinang.

Pagi-pagi subuh lagi saya sudah bangun untuk bersiap-siap, bukanlah bukan..bukan bersiap-siap seronok untuk menghadirkan diri untuk jamuan, bersiap-siap membuat sarapan untuk suami tercinta yang masih lagi berlingkar di atas katil yang nyaman tersebut. Pagi ini saya membuat air horlick dan sandwich telur+sosej+mayonise sahaja. simple sahaja sarapan pagi. lagipun bukan hendak makan banyak sangat.

Di Pejabat, semua orang sudah segak dengan baju raya masing-masing, amboi amboi mereka. sangat seronok bergaya, saya? sudah sudahlah..malas hendak bercerita pasal baju raya. Tahun depan sahajalah kita bercerita pasal baju raya. eh! seronoknya, tahun depan saya sudah boleh menyiapkan baju raya untuk anak pula..

Parti belum bermula, oit oit..bukan partilah, majlis jamuan aidilfitri..majlis belum bermula kontroversi sudah pun menjelma. hahaha! biarkan..biarkan mereka. Mengapa kerja-kerja yang penting diserahkan kepada orang yang tidak ada pengalaman di sini, yang tidak tahu tradisi di sini. Kan sudah menimbulkan pelbagai kontroversi?? Sudahlah beliau..ada amanah tidak dipikul, ada kerja tidak bertanggungjawab.

okay, majlis belum bermula..nanti saya akan update lagi. kalau saya rajinlah...hehehe.

No comments: