This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kawan Baik


Saya ada kawan baik. Ada ramai kawan baik sebenarnya. Kat mana-mana saya berada saya mesti ada seorang mahupun dua orang ataupun tiga orang atau juga beramai-ramai orang kawan baik. Saya pernah ada 13 orang kawan baik semasa zaman persekolahan dulu. Boleh buat dua team bola jaring. Kadang-kadang bila kita berkawan baik, terlalu baik dengan kawan baik, pasti ada kawan yang kurang baik akan membuat sesuatu yang kurang baik kepada kita dan kawan baik untuk memusnahkan suatu ikatan persahabatan yang baik.

Bila kita ada kawan baik, yang terlalu baik, benda yang sekecil-kecil kuman pun, jika anda atau kawan ada terasa hati ianya akan membawa kepada suatu punca keretakan punca persahabatan. Jika tidak diselesaikan dengan segera, benda tersebut akan meleret-leret menjadi cerita panjang, kemudian akan bersambung-sambung dengan kisah yang lain, kemudian akan berlaku kejadian ungkit-mengukit di kemudian hari. Akhirnya sebuah persabahatan tersebut akan mati secara perlahan-lahan.

Kemudian kita akan sedar satu hari nanti, kita sudah kehilangan kawan baik kita selama bertahun-tahun di mana saat kita tersedarnya kehilangan tersebut masa itu sudah terlalu lewat untuk kita memulakannya semula.

-End-

2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Akak setuju.. tp mase yg same akak konpius ngan entry nih.. nape ni Nomi?

tun~teja said...

hahaha..saja ja kak ayu..teringat kawan2 lama..