This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Mari Kita Lihat Siapa yang Kena??


Huhuhu..sungguh menyayat hati sanubari, kan kan kan semalam saya sudah pun menangis satu tempayan, hari ini saya membuat pengiraan tempayan sudah pun ada 78 tempayan air mata darah. Sampai melimpah ruah berdarah-darah. Sedih la sedih, sangat sedih tak terkata. Akhirnya projek saya yang telah dipilih untuk di audit. Menyampah sangat dengan diorang nih. Kenapalah antara ramai-ramai projek saya yang dipilih. Saya tak kira, tahun depan saya nak dapat anugerah cemerlang lagi. Setiap tahun saya nak, sampai pencen saya nak dapat anugerah cemerlang.. apa?apa?apa? disamping gila kuasa saya juga gila anugerah.

Petang semalam saya stay back di pejabat sampai pukul 6pm sahaja. Sebab terpaksa rush balik ke Parit Buntar pula, itupun dah sampai sana jam 7.10pm. Mandi, solat dan makan, terus bergerak balik ke Alma pulak. Sangat memenatkan, tapi apa nak buat, semuanya tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang pekerja jabatan kerajaan yang hebat proton dan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mithali bertali-tali. Baby mesti bangga dengan mama kan kan kan? hehehehe...

Sampai di rumah, terus iron baju kerja, dan lepak dengan Mr.Hubby depan tv. Dia sibuk dengan CD Player dia, ntah apa yang dia godek-godek pun saya tak tau. Pasang speaker keliling rumah. ingat rumah tu panggung wayang ke apa ntah la dia. Sambil pasang speaker tu, boleh pulak dia suruh saya layan dia dengar sound yang dia duk godek-godek tu. Malas saya nak layan, nanti boleh pecah rumah sampai terpecah-pecah dada saya dengan sound speaker gila dia tu. Sambil layan DVD, saya buat kerja yang saya bawak balik. Duduk tak kena, baring tak kena, meniarap lagi la tak kena. nanti baby dalam perut terpenyek pulak. Letih nak buat kerja dengan perut yang gemok ni.

Ntah pukul berapa pun tak tahu, saya dah tak mampu nak siapkan kerja. Memang tawakal jerlah. Apa yang ada, adalah..kalau tak ada tu, harap maaf lah yer cik auditor. Alhamdulillah, pagi ni semuanya berjalan lancar, walaupun ada yang terbocor sana sini, terlompang situ sana. Tapi sebahagian daripada dokumen-dokumen tu alhamdulillah lengkap. Thanks to Athirah yang temankan saya buat kerja petang semalam, dan menjadi penolong cari file, tolong print out dokumen, dan tolong menolong menipu sama-sama semasa proses audit tadi. hahahaha.

Kepada semua warga kerja JKR SPT : Apesal ibu mengandung jer yang asik kene audit nih? Tahun lepas Athiran, tahun ini saya pulak. Tahun depan siapa-siapa yang mengandung, berjaga-jagalah. Huhuhuhu..sambung menangis lagi setempayan air mata sebab kekenyangan sangat. huhuhu...petang ini masih ada roti canai yang perlu dihabiskan.

No comments: