This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Saya Sangat Sedih



Pada hari ini saya berasa sangat sedih sebab sudah menjadi terlalu gemuk. Pada hari ini saya memiliki.. bukan, saya telah mencapai satu pencapaian berat badan paling tergemuk yang pernah saya ada. Sejak kandungan saya berusia enam bulan, saya sudah naik 8kg. Mengikut perkiraan berat badan yang sihat, saya sepatutnya hanya naik sebanyak 4kg sahaja sehinga tempoh tersebut. Lihat! Lihat berapa banyak yang saya sudah naik? sudah dua kali ganda banyaknya.

Sebab-sebab berikut telah membuatkan saya berasa amat sedih :
Saya sangat sedih sebab doktor saya kata mengapa terlalu kerap datang buat check up di klinik, sedangkan kandungan baru berusia 6 bulan.

Saya sangat sedih sebab Isnin hadapan, saya perlu buat check up lagi, malah saya perlu menjalani Ujian MGTT iaitu Modified Glucose Tolerance Test. Iaitu satu ujian dimana saya perlu berpuasa dari 10malam sebelum hari ujian hingga tamat ujian tersebut.(macam nak ambik Ujian Penilaian Sekolah Rendah pulak rasanya). Ujian itu memerlukan saya meminum air glukos yang sangat tidak sedap dan boleh membuatkan peminumnya muntah.Dari apa yang saya dengar dari pengalaman orang yang berpengalaman lah kan..

Saya sangat sedih bila Doktor seperti menganggap saya seorang pemakan banyak yang tegar, yang dalam kepala hanya tahu berfikir untuk makan sahaja. Padahal saya menjadi seorang pemakan yang banyak semenjak berakhirnya Ramadhan yang lalu. Saya sangat suka makan, seperti esok lusa saya tiada masa untuk makan lagi.

Saya sangat sedih, kerana doktor cakap, jika keputusan ujian tidak okay, ataupun dapat detect pelbagai masalah yang lain seperti saya menghidap penyakit darah tinggi atau pun kencing manis, saya perlu menyerah diri untuk pemeriksaan 2kali seminggu. Untuk memeriksa tekanan darah dan ujian air kencing. Sedih la bukan jika saya di detect mempunyai pelbagai penyakit di atas.

Saya sangat sedih, sebab saya sangat adore kepada doktor tersebut. Tetapi selepas sebentar tadi, saya sudah tidak adore beliau lagi.

Saya sangat sedih sebab tengah bercerita, mengadu domba, membuat suara sedih bagai hendak menangis dengan Mr.Hubby tadi, henset beliau tiba-tiba putus bekalan elektrik. Benci betullah. Tak apa, tak apa, balik nanti saya akan sambung cerita sedih saya kepada beliau.

Sekian, senarai perkara sedih saya. Perkara yang paling tersedih adalah...Seperti semua senarai di atas.

1 comment:

Ayu Ikhwani said...

Alaaaa.. jgn le sedey Nomi.. meh akak babap Dr tu ek