This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Antara Durian dan Mentimun

Okay, kawan-kawan kelak jika saya menjadi seorang BOSS, jangan lupa ingatkan saya pasal entry ini. Entry ini bukan berciri mengata dulang paku serpih kat bos ke apa, sekadar peringatan. (cover line).

Saya sebagai orang bawahan, yang bekerja di bawah seorang dua bos, sangat menghormati bos saya. Tak kisah kalau bos tahu atau tidak nama saya, walaupun hakikatnya saya berkecil hati bila beliau tak tahu nama saya sedangkan saya tahu nama beliau siap dengan nama bapa beliau lagi. Yelah, dah bos kan. Mestilah kena ambik tahu. Pada saya, bos adalah seorang yang patut dihormati dan disegani. Boleh jika hendak bergurau, sekadar merapatkan hubungan silaturahim antara pekerja dengan bos. Tetapi jangan sampai melebihi batasan. Hingga sampai satu tahap kita hilang rasa hormat pada bos kita.

Dan Bos juga perlu tahu, kata-kata yang keluar daripada mulut seorang Boss, iaitu seorang yang amat disegani oleh anak-anak buahnya umpama satu azimat. Tidak kisah ianya berbentuk positif atau negatif. Bila positif, ia umpama pemangkin semangat juang untuk lebih berusaha ke arah positif. Namun jika negatif, kadangkala bagi yang lemah semangat seperti saya, ia akan melemahkan semangat saya. Berasa seperti sangat tidak berguna.

Bayangkan seorang bos yang kita kagumi, yang jarang menegur sapa kita, tiba-tiba berkata '' siapa nak tengok awak?'' hah! bagaikan menusuk ke jantung kata-kata azmiat beliau tersebut. Bagi sesorang yang sensitif, jiwa penyayang seperti saya ia amat mendukacitakan hati dan sanubari. Lalu saya berlalu pergi membawa diri, mengambil sepinggan c.k.teow, mengambil tempat di hujung dunia, sambil menguyah perlahan-lahan. Dalam kepala otak, sedang menterjermah ayat beliau tadi.

Siapa nak tengok saya? Siapa-siapa tak mahu tengok pun tidak apa. Bukan saya minta-minta orang tengok saya, saya cuma mahu bos sedar kehadiran pekerjanya dan melihat hasil kerja saya. Bos perlu tahu, orang yang banyak bercakap, lantang bersuara, tidak semestinya orang tersebut pandai, cekap dan bijak bekerja. Kadang-kadang mereka ini umpama tong kosong. Mencanang ke sana ke sini, tapi tiada hasil. Dan bos juga perlu tahu orang yang kurang bercakap, bercakap bila perlu, tidak semestinya tidak tahu bekerja. Kadang-kadang mereka ini umpama diam-diam ubi berisi. Beri sedikit kepercayaan kepada mereka, dan lihat hasilnya.

Bagi saya bijak bercakap, lantang bersuara memang bagus kerana ianya menunjukkan daya keyakinan diri yang tinggi dan menonjolkan diri di khalayak ramai. Namun ianya harus disertai dengan tahap kebijaksanaan IQ yang berkadar terus dengan kelantangan suara mereka.Tetapi mereka harus berhati-hati kerana kata-kata yang keluar dari mulut kadang kala boleh memakan diri sendiri kembali tanpa kita sedari. Ingat jangan jadi seperti TONG KOSONG!

Dan saya? Saya lebih memilih untuk mendengar, bercakap bila perlu, dan menyuarakan pendapat yang saya rasa saya boleh menjalankannya jika diberi tanggungjwab kepada saya. Bukan bermaksud saya tidak berani menghadapi risiko, cuma beri saya sedikit masa dan saya akan melunaskan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Kadang-kadang kerja yang kita lakukan dengan diam, mudah dicuri nama oleh orang lain. Sedih, namun itu hakikat yang harus diterima kerana saya tidak dikurniakan keberanian untuk bersuara.

Saya juga lebih suka untuk menjadi seorang pendengar. Bila kita banyak mendengar, sebenarnya lebih banyak input yang kita perolehi berbanding apabila kita banyak bercakap. Lagipun bila SEMUA ORANG HENDAK BERCAKAP, SIAPA PULA HENDAK MENDENGAR?

2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Uihhh.. nape sedey² ni Nomi.. kene happy², nnt jangkit kat baby :)

tun~teja said...

tak sedih kak ayu, saja nak mentulis sesuatu.hehehe.