This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Entry Malas pun Panjang Jugak.


Rasa macam mahu update entry untuk blog.Tapi rasa macam malas tiba-tiba. Alasan untuk tidak meng'update' entry. Boleh pulak pakai alasan malas secara tiba-tiba. Bukan dari pagi tadi asyik malas-malas kan? Bukan dari pagi tadi asik mengodek-godek blog, tetapi balik-balik rupa blog masih tetap sama. Macam tiada apa-apa perubahan juga. Kacak tiada, manis macam gula-gula pun tiada. Macam hari pertama blog ini di lahirkan juga.

Pagi tadi pc ini secara sesuka hati telah memblock kan diri sendiri daripada mengakses internet. Sesuka hati dia sahaja. Berpeluh-peluh saya tertongeng-tonggeng di bawah meja, menggodek apa yang patut. Check wayar, check kabel, check extention wayar. Check punya check punya check.. rupanya IP Address pc ini tidak valid. Aik! macam ajaiblah labu, semalam masa saya guna, masih lagi menggunakan IP Address yang sama. Pagi ini sudah bertukar, sudah bertukar, bagitahu lah sama saya dulu.

Telefon sana sini, klik sana sini, konon-konon macam bijak IT. Telefon person incharge untuk internet network, tak datang-datang. Last-last teringat my cousin di KL. Hanya dengan sekali sms, beliau terus menelefon saya. Nasib baik saya dapat connect kembali talian internet. Kalau tak, jangan harap entry malas ini akan wujud pada hari ini.

Aikk?? tadi bukan kah kata macam malas untuk mengupdate entry? Kenapa tiba-tiba sudah ada empat perenggan? Malas yang semacam tidak berapa malas lah ini namanya. Nak kata malas tak malas sangat, tapi malas la jugak. Sekurang-kurangnya, enrty berciri malas ini, telah menghidupkan blog yang serupa dengan nyawa-nyawa ikan, hidup segan, mati tak mahu lagi.

No comments: