This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Malu Bertanya Sesatlah Jalan, Hilanglah Pedoman

Tajuk entry macam nak bagi ceramah perdana pulak. Sebenarnya malu bertanya sesat jalan, hilanglah pedoman lebih bagus kalau digantikan dengan Malu Bertanya, Tak jadilah penukaran template blog ini. Saya dah cuba banyak kali, banyak hari, banyak cara tapi masih tak jadi-jadi. Maklumlah bengap IT.

Lalu pada pagi yang bening ini (walaupun sekarang dah petang)saya bertanya pada HASRUL. ex-Opismate masa di USM dulu. Saya tanya macam mana nak tukar template ini daripada beliau. Terima Kasih kepada beliau! Selebihnya saya cuba sendiri sedikit-sedikit, lama-lama makin menjadi pulak. Untuk Coding size, alighment dan macam-macam lagi, saya cuba buat sendiri. Itupun nasiblah dahulu pernah belajar daripada Kak FAEZAH juga ex-Opismate masa di USM dulu. See banyak juga pelajaran yang saya kutip masa bekerja di USM dahulu. Bukan setakat mengutip data-data Traffic jer, ilmu IT pun saya kutip sikit-sikit.

Okay, sekarang Blog saya sudah bertukar rupa. Dari kurang cantik, tidak bermaya, menyemakkan mata, macam hidup takmau, mati pun macam hendak tak hendak, sekarang sudah jadi sedikit ceria. Dengan sedikit tanaman bunga-bungaan, namun tak ada harum tersebut, adalah amat diharapkan supaya entry daripada blog saya juga akan berciri harum dan manis-manis belaka.

Itu janji-janji dari seorang penulis blog yang masih ciwi dengan blog baru beliau. Sila janganlah percaya sangat.

No comments: