This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Rumah Kecil di Pejabat

Tempat saya di pejabat ni, umpama rumah kecil saya. Disinilah tempat saya mencari rezeki sehari-hari, dari jam 8.00pagi (kadang-kadang terlewat 15 minit) sampai jam 5.00 petang (kadang-kadang buat extra kerja seperti main game, dan surf internet sampai 5.30 petang). Kat tempat saya ini lah saya bertungkus lumus membuat kerja. Sampai pening-pening dibuatnya. Kalau buka plan, sampai tak cukup meja dibuatnya. Macam nak mintak meja sampai dua, saya kan tamak.Orang tamak selalu untung. Mana ada orang tamak selalu rugi? Kan untung kalau dapat meja sampai dua, bila masa pulak rugi kan?


Ni pulak semua gambar-gambar saya dengan kawan-kawan. Kalau meja orang lain kosong jer, ada tak ada pun sekeping dua saja gambar. Saya sampai tak cukup tempat, kalau orang datang ke cube saya, mesti nak singgah tengok gambar-gambar ni. Tapi nota-nota pun ada juga, tapi kalau yang sejujurnya gambar lagi banyak dari nota. Sampai tak cukup tempat nak lekat semua gambar-gambar ni, habis takkan nak pergi tumpang cube orang sebelah pulak? Saya sukakan tempat saya yang ceria dan berwarna warni ni, walaupun kadangkala semak ya ampun dengan macam-macam barang. Boleh buat pasar malam kat tempat saya ni.


Wah macam sangat banyak file-file kat tempat saya. Ini semua file-file SPK untuk projek yang saya jaga. Yang masih dalam pembinaan dan yang sudah siap dilaksanakan. Bunyi macam hebat, tapi tak hebat mana pun. File saja yang nampak hebat.


Bantal Power Puff kesayangan saya. Ada lagi satu cushion cover dia dalam almari, tapi saya sayang nak guna. Lagipun yang ini masih cantik lagi. Kawan saya mintak pun saya boleh buat kedekut tak nak bagi. Lalu dia pun berlalu dengan kecewa. Hahahaha! dah la tamak, kedekut pulak tu. Sebenarnya bantal ni dihadiahkan kepada saya dan beberapa orang lagi oleh Pegawai saya yang sangat bermurah hati. Beliau sangat bermurah hati kerana selalu membelanja saya dan kawan-kawan makan. Makan yang enak delicious pulak tu. Tapi sekarang beliau sudah berpindah untuk projek lain. Maka beliau pun bermurah hati dengan pekerja-pekerja beliau yang lain pula. Huhuhu sedih lah!


Separuh, bukan separuh, suku sebenarnya barang-barang permainan yang saya ada. Aikk macam datang kerja untuk bermain-main, bukan untuk bekerja-kerjalah sebelum terlambat pulak. Ini sebahagian hiasan yang saya ada di pejabat. Dah tidak muat nak susun di atas meja, saya susun di atas almari pulak. Lagi 5 tahun saya di sini, sampai lantai saya susun. Nampak motor tu?? Tu motor kontroversi. Orang yang bagi.


Taraaaa..!!! Permandangan dari tingkap belakang meja saya. Dari tingkap nilah saya selalu tengok cuaca, mendung ker, panas ker, hujan ker, bomba lalu ker, ambulans lalu ker, rumah terbakar ker. Kat tingkap ni jugak lah tempat saya jemur kasut saya kalau basah. Sebab malam semalam hujan lebat, saya lupa nak simpan kasut di tempat yang selamat. Jadi pagi-pagi datang kerja saya bukak tingkap dan jemur kasut di luar. Kat tingkap ni juga selalu saya main hoi hoi dengan opismate.
'Hoi nak pergi makan dah ker?'
'Nak pergi mana ramai-ramai tuu?? nak ikuuuttttt...!!'
'Hahahaha!! semua tengok, ari ni din datang kerja naik motor lesen L'


Dan..err gambar ni semacam tak payah letak pun tak apa. hahahahaha..!

No comments: