This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Count Down to Penggal Kepala

Apesal entah suka sangat guna term 'penggal kepala' untuk audit SIRIM neh. Dengar macam mengerikan sesangat. Memang pun, memang mengerikan sesangat. Sebabnya banyak sangat dokumen yang tak lengkap. Kalau ada pun, saya auta saja. Kalau nak tengok kerja-kerja CSI dijalankan, masa audit ni lah boleh tengok. Macam-macam skil boleh tengok dan belajar. Ada yang profesional ada yang amatur. Skil apa? Tak perlulah dibocorkan semua. Nanti kantoi pulak dengan team audit SIRIM, terus asyik kena detect dengan team audit pulak.

Okay, sekarang tengah meng'update' blog. Entah apa kejadahnya tengah sibuk dengan blog. Dah siap agaknya dokumen-dokumen SPK tu? HaHaHa. Kirim salam sayang banyak-banyak dengan semua fail-fail SPK tu. Makin dibuat, makin tak lengkap pulak rasanya. Sudah berapa hari asyik bercinta dengan fail-fail SPK. Sampai mengabaikan suami tercinta. Sampai beliau demam pun saya asyik bercinta dengan fail-fail lagi. Sudahlah, nanti selesai audit, saya akan bercinta dengan suami pulak. Lagi banyak daripada saya bercinta dengan fail-fail ni. Semoga Mr.Hubby cepat sembuh dari demam. Kalau beliau tak sembuh, agaknya saya pula yang akan ikut sambung demam bersama beliau. Bolehlah ber'mc' bersama-sama.

Sekarang mari kita fikirkan strategi untuk menagih simpati daripada SIRIM. Esok, pakai baju mengandung, baru nampak sikit saya sedang sarat ni. Lepas tu, tengah-tengah audit pegang perut, buat muka kerut-kerut macam sakit sangat-sangat. Makin lama makin kerut, lepas tu mengerang kesakitan sambil hentak-hentak kaki. Dalam masa yang sama suruh opismate telefon ambulans, datang opis. Pesan dekat semua staff suruh buat-buat panik, berlari-larian untuk tengok apa yang terjadi. Kemudian... Erm..agaknya boleh jalan ke idea ni? Buatnya nak terberanak betul-betul esok, tak haru?

No comments: