This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Lunch Paradise



Nyum.Nyum.Nyum. Sedap sangat lunch hari ini. Padahal perut sangatlah kelaparan sebab tidak makan daripada pagi, sebab tu mengaku semua benda berbentuk makanan pun sedap. Even key chain Athirah berbentuk donut itu pun saya rasa sangat sedap dan menyelerakan. Lunch pun dah pukul 1 lebih. Pagi tadi hanya sempat sarapan milo dan dua keping biskut sahaja. Sebab dah kelewatan untuk pergi ke klinik. Jadi tengahari tadi makan dengan gelojoh dan tamak sekali.



Menu Utama saya adalah sepinggan besar Fish n Chip dan Fresh Watermelon Juice. Athirah order Chicken Black Paper with Rice dan Apple Kasturi Juice dan Macaroni dan kek Coklat. Linda pula order Kek Coklat With Aiskrim dan Fresh Watermelon Juice. Yang ngandung saya dan Linda. Tapi orang yang bawak orang ngandung yang order banyak-banyak.

Akhirnya tercapai jugak hasrat suci murni nak makan kek. Padahal saya makan segarpu dua sahaja. Tak boleh jalanlah dengan kek. Manis sangat. Tukar fikiran semulalah. Saya hendak agar-agar milo semula. HeHeHe.

OopS! Tadi terjumpa Hanita dan Rohana, teman lama masa di TI Penang dahulu. Walaupun sekejap sahaja terjumpa, sempat bertukar berita dan bertanya kabar. Sempat mengeluarkan kembali gelak yang paling buruk yang pernah saya buat semasa di sekolah dulu. Rindu.Rindu dengan zaman sekolah dahulu.

Rohana pun macam saya, ngandung sudah hampir 8 bulan. Hanita pun macam saya, belum mengandung tetapi gelak besar macam setan. Bila lagi dapat berkumpul dengan kawan-kawan macam dulu. Semua orang sudah ada komitmen dalam hidup sekarang ni. Andai masa dapat dihentikan seketika...Kalau boleh engkau hendak buat apa?! Berangan bukan-bukan!

Note : google image

2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Amboiiii.. sukenye diaaa ☺

tun~teja said...

hehehe..mesti la suka kak ayu, orang belanja.