This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Baby Alarm dah Berbunyi ~ii~

Perjalanan dari Hospital Bukit Mertajam ke Hospital Seberang Jaya memakan masa kurang dari 10 minit. Sebelum bergerak saya tengok jam dinding hospital jam 7.00pm. Sampai di Labour Room Hospital Seberang Jaya jam 7.10pm. Perjalanan tersebut sangat menguji mental dan fizikal. Terhuyung hayang saya di dalam ambulans, nasib baik tak tertungging saya dalam ambulas, atau tak tercabut urat perut ke hapa. Mama di seat depan, hanya mengucap panjang dan mengelap peluh. Laju gila, tak caya cubalah pergi naik ambulans semasa sakit hendak bersalin nanti. Pinn Pinn Pomm Pomm !!!! Kiri Kanan semua dia cilok. Saya tidak nampak tetapi dapat rasa pergerakannya.

Dalam Labour Room saya rasa sakit sangat-sangat, segala macam doa yang saya hafal habis semua saya baca. Entah-entah doa makan pun saya terbaca sekali. Masa tu keadaan saya sangat teruk, contraction makin kerap dan makin bertambah sakit. Doktor induce ubat untuk mempercepatkan bukaan laluan, namun laluan hanya terbuka setakat 4cm. Dengan keadaan yang terketar satu badan setiap kali contraction datang, saya muntah lagi. Kali ini tiga kali, Nurse cuba memberi bantuan dengan ubat tahan sakit kerana kasihan dengan keadaan saya. Waktu tersebut saya mula rasa pandangan saya mula kabur dan bergoyang sedikit demi sedikit, dengan beg muntah ditangan saya tidak sedar entah bila saya terlelap. Namun saya masih sempat mendengar doktor berkata contraction saya bagus dan pergerakan jantung bayi saya amat bagus. Oleh itu, mereka hold saya untuk bersalin normal. Masa itu dalam fikiran,saya hanya ingin berjumpa dengan Mr.Hubby dan Mama.

Dua jam saya di dalam Labour room, saya tidak sedar entah berapa lama saya terlelap entah-entah pengsan,saya pun tidak tahu, mungkin kehilangan tenaga membuatkan saya lemah dan terlelap, mungkin juga kesan ubat tahan sakit, mungkin juga kedua-dua sebab tersebut. Saya dikejutkan oleh doktor minta saya untuk tandatangan surat kebenaran supaya mereka dapat membuat pembedahan dengan segera. Saya dimaklumkan baby saya berada di dalam keadaan lemah. Dalam keadaan separuh sedar, saya tandatangan surat kebenaran tersebut. Dan kembali sambung tidur.

Saya dikejutkan sekali lagi untuk di beri suntikan di tulang belakang. Saya diminta duduk, peluk bantal dan tunduk sedikit, kemudian di suntik. Sakit? Memang sakit. Kata orang sangat sakit. Saya hanya rasa sakit sahaja, mungkin kesan ubat tahan sakit saya masih ada. Kemudian saya dibaringkan, saya lihat lampu bilik pembedahan di siling menyala satu persatu, macam dalam tv tu, dan tiub oksigen dimasukkan dalam hidung dan terus tidur. sayup-sayup saya terdengat 'Pn. kita akan mulakan pembedahan' saya rasa saya sempat mengangguk lemah. Semasa mereka menekan perut saya untuk mengeluarkan baby saya terjaga, tetapi tidak sakit. Sebentar kemudian saya terdengar seperti benda di sedut, dan kedengaran baby saya menangis. Kemudian tidur lagi, kebanyakkan masa semasa pembedahan tersebut saya tidur sebab takut. Kalau anda semua perasan, anda semua dapat lihat bayang-bayang anda di lampu siling. Jadi anda mungkin akan nampak doktor membelah perut anda. Saya takut, jadi saya tidur saja.

Semasa doktor dan nurse sedang membersihkan saya, seorang nurse datang sambil membawa baby saya dan bertanya
'Cuba tengok, awak dapat baby apa?'
'Boy' saya jawab lemah.
'Okay, sayang sikit baby ni, saya nak bawak dia ke bilik menyusu'
Saya tengok muka baby, cium pipi dia dan tersenyum. Saat tu saya lupa semua rasa kesakitan yang saya tanggung berhari-hari. Nikmat dapat mencium pipi baby tersebut hanya Tuhan yang tahu. Terima kasih, syukur Alhamdulillah pada Tuhan yang memberi nikmat sebegini kepada saya. Akhirnya baby boy saya selamat dilahirkan ke dunia.

Kepada Mr.Hubby :
Sayang, terima kasih yang teramat sangat sebab sentiasa setia menemani saya sewaktu susah dan senang, dari saat saya mengandung, saat saya dalam kesakitan, saat saya berjuang bertaruh nyawa, saat semuanya sudah selamat. Walaupun beliau tidak sentiasa berada di sisi saya, tetapi saya tahu beliau sentiasa mendokan saya. Terima kasih kerana sanggup bersengkang mata menemani saya semasa saya sakit di hospital dan tidur beralaskan kerusi berbumbungkan langit dalam kesejukkan malam. Saya tidak tahu bagaimana untuk ungkapkan rasa kasih dan sayang saya kepada beliau. Kelahiran anak ini bukti saya amat menyanyangi suami saya dunia dan akhirat. Terima kasih Sayang!

Kepada Mama dan Adik :
Terima kasih kakak ucapkan kerana sentiasa menemani kakak dan tidak putus-putus berdoa untuk kakak. Terima kasih di atas perhatian dan kasih sayang selama 27 tahun ini. Tiada kata-kata yang dapat kakak ungkapkan, kakak sayang sangat-sangat keluarga kita. Walaupun keluarga kita tidak sempurna. Semoga dengan kelahiran baby ini, akan melengkapkan kembali keluarga kita.

Kepada Kawan-kawan:
Terima kasih di atas ingatan, huluran doa, kata-kata semangat dan kunjungan. Kepada yang tidak sempat dikhabarkan mengenai kelahiran ini, Sejuta Maaf saya pinta, kerana kesibukkan dan banyak urusan yang terpaksa diselesaikan. Special Sorry to Kak Ayu tau. HeHeHe.

Kepada Warga Hospital BM dan SJ:
Terima kasih di atas bantuan dan kecekapan anda bekerja. Terima kasih di atas perhatian yang diberikan. Segala Jasa dan kebaikan anda semua hanya Tuhan yang dapat membalasnya.

SEJUTA TERIMA KASIH DAN ALHAMDULILLAH DI ATAS SEGALA NIKMAT KURNIAAN-NYA.

2 comments:

MOneYFinDer said...

mmg laju..goncang macam nak terkeluaq smua brg...2 kali dah aku nek ambulans ni..haha din pun kena..besttttttttt..VVIP lalu..org tabik springggggg

tun~teja said...

HaHaHa..