This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Bila orang Tua Pesan, Kena Dengar.

Orang tua-tua bilang 1,2,3 eh tak tak..bukan bilang yang itu. Orang tua-tua cakap, kalau anak-anak muda dengar orang-orang tua bersembang jangan menyampuk. Nanti kena cubit kat peha. Baru padan muka. Saya pernah kena cubit di peha kiri, peha kanan pun turut merasa. Gara-gara ternganga mendengar ahli kumpulan makcik-makcik baru balik beli ikan termenung sekilo rm8.00 mahal-nak-mampos-baik makan-KFC-hari-hari, sedang mengumpat. Tiba-tiba nyeett. Satu cubitan melayang di peha gebu ini.

Baru-baru ini keluar makan dengan famili sambil beriadah main acara sukaneka lari dalam guni sambil bawak botol susu anak secara berjemaah di dalam kuantiti 3 buah kereta. Masa sedang menunggu menu yang di order sampai, adik saya selaku ketua rombongan acara sukaneka bersama keluarga leka mengambil gambar-gambar makanan yang di pesan. Untuk dimasukkan di dalam peta pusat pelancongan dan makanan di Negeri Pulau Pinang. iba-tiba Mak Ngah menegur adik yang sedang syok ambik gambar:

Mak Ngah : Where are you come from?

Anak Mak Ngah : Apa pulak Where..When la?

Mak Ngah : Ish Where laa..

Anak Mak Ngah : Ish mama ni, takkan where pulak. When la.


(masa ni saya dengan Mr.Hubby dah gelak-gelak dah, sambil menjangkakan isu ni mesti hangat membara sekejap lagi)

Saya pun menyampuk : Betul la mak ngah kata, where bukannya when..

Anak Mak Ngah : Pasal apa pulak bukan whh....


(tak sempat sepupu saya nak habiskan ayat..)

Mak Ngah : Hang mai dari mana????

(hahahaha!! terus translet ayat dari English ke Penang Piaauu punya!)

Ambik habuan sepupu saya. Gara-gara menyampuk tak bagi salam, gara-gara salah dengar kena gelak satu meja. Tengah-tengah seronok bergelak ketawa mengetawakan sepupu saya tersebut tiba-tiba.. prroootttttt...
Anak bertuah saya berak, habis kena jeans saya. Kelam kabut semua orang. Yang ini pun menyampuk tak gena gaya jugak. Lain kali nak berak, tolong bagitahu mama dulu ye sayang..

No comments: