This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Entry Bergabung Tenaga

Hari ini membuat kerja secara bersungguh-sungguh. Walaupun kepala ada sedikit perasaan ting tong akibat tidak cukup tidur. Dapat juga saya siapkan satu V.O. Kalau orang JKR tahulah apa itu V.O. Malas hendak cerita V.O tu apa, rasa sakit kepala. Membuatnya saja sudah mahu muntah berdarah, inikan pula nak bercerita macam membaca cerita komik kegemaran. Tapi kalau hendak tahu V.O tu apa, pergi ramai-ramai Google kat sana. Tapi keluar apa, saya tidak tahu lah. HaHaHa. Macam ada orang kesah dengan cerita V.O saya.

Tadi saya pergi membuat sedikit analisa mengenai rahsia tarikh lahir saya. Ada kawan dan sepupu yang pergi ke ceramah Mengenali Potensi Diri oleh Dr. Azizan, pakar tarikh lahir tu. Ada cara-cara pengiraan yang dibuat berdasarkan tarikh lahir kita. Berdasarkan perngiraan tersebut, kita dapat tahu kita ini berada di dalam kelompok number berapa dan disenaraikan beberapa karekter diri kita.

Ada yang berdesyum kepaapooommm kapooowww kena betul-betul batang hidung. Hendak-hendak yang negatif la. Terasa sedikit malu pula bila membaca senarai karekter tersebut, sebab kebanyakkannya memang tepat. Saya berada didalam kelompok kumpulan number 7. Dimana, individu dalam kumpulan iniadalah seorang yang:

Seorang yang suka ikut kawan
(pergi mana? shopping complex ke? kalau yang itu memang suka sangat)

Suka membangkang
(HeHeHe. Adalah sikit-sikit, kalau tak kenda dengan angin saya, memang la)

Cerewet
(eh mana ada..tak laaa..)

Suka berfalsafah
(HaHaHa. Entah. Suka juga kot)

Romantik
(uwekkkk...berlinang-linang air mata darah)

Privacy
(memanglah. betulah tu. saya suka privacy. privacy jet pun suka jugak)

Suka berfikir
(yelah, orang bijak kenalah selalu berfikir)

Suka Analisa
(nak analisa apa ntah)

Senang percaya benda-benda mistik
(err kadang-kadanglah. saya kan jenis penakut, jadi percaya sajalah walaupun tak masuk akal)

Point yang paling last sekali, yang paling tak masuk akal, yang paling saya ketawa berdekah-dekah sambil hentak kaki adalah, taraaaa... :

Boleh jadi bomoh
( Yelah, bomoh kenalah percaya benda-benda mistik ye tak. Meh sini engkau semua, sapa hendak bomohkan sapa meh sini jumpa saya. Hendak buat ubat pengasih kah? Hendak buat ubat supaya pandai memasak kah? Hendak guna-gunakan jiran sebelah yang suka curi buah mempelam kah? Mari sini jumpa saya. Harga berpatuttan, boleh dirunding. Tapi cash only bebeh!)

See? Ada yang boleh percaya, ada yang tak boleh. Bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri. Kawan saya bagitahu, Bengkel ini akan bersambung lagi untuk peringkat kedua dan ketiga. Tak sabar nak tunggu dia pergi. Nanti boleh buat analisa lagi. Kan saya ni seorang yang suka buat analisa.

Okaylah sampai sini dulu. Perut lapar. Rujuk perenggan pertama, langsung tiada kena mengena dengan perenggan kedua dan seterusnya. Ini namanya Entry bergabung tenaga.

No comments: