This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kami Kembar tapi Bukan Kembar


Okay, ini adalah gambar saya dan lynda masa di pejabat. Masa ini kami masih muda belia, remaja, digilai ramai (perasan), masih ada saham yang tinggi. Pergi ke mana pun mesti berdua. Orang di pejabat ini cakap kami seperti kembar. Kami pun mengaku sajalah. Bukan kena bayar pun kalau mengaku kembar. Saya dan lynda dilahirkan pada Oktober 1982. Berbeza tarikh hanya 20 hari. Dia keluar dahulu. Tapi dia lagi kecik dari saya. Ini tidak adil! Cuba lihat tali tag nama kami. Sama kan? Beli di KLCC sama-sama. HeHeHe.

Masa ni, kami selalu share cerita sama-sama. Semua rahsia saya, hitam putih semua dia tahu. Semua rahsia dia, hitam putih semua saya tahu. Kami berjanji rahsia tetap rahsia sampai mati. Walaupun satu hari nanti kami tak berkawan lagi.



Gambar kawen lynda (atas) dan gambar kawen saya (bawah). Tengok apa yang sama. Ya kawan-kawan. Warna tema kami semasa kenduri kawen pun sama juga. Saya berangan dari zaman sebelum ada boyfren nak buat tema warna merah putih ni. Ewah, sangat gatal. Belum ada boyfren, tapi sudah berangan mahu tema apa semasa kawen. Tapi saya tak bagitahu siapa-siapa pun. Simpan saja pelamin anganku dalam hati.Masa lynda bagitahu nak buat warna ini, saya meraung-raung tak bagi. HaHaHa. Macam dia kesah. Akhirnya dia pilih juga warna ini. Dan saya juga melaksanakan impian hati. Ada saya kesah sama warna?

Cuba tengok lagi sekali gambar tersebut. Lynda sekali tengok macam chinese kan? Husband Lynda pula ala-ala hero Hindustan. Tengok pula gambar saya dan Mr.Hubby. Saya ala-ala heroin hindustan (perasan lagi) dan Mr.Hubby terang-terangan muka chinese look.

Tahun lepas saya dan Lynda pregnant. Tak sangka boleh pregnant sama-sama. Tarikh due saya dan Lynda juga sama. 17hb Januari 2010. Tapi baby Tuah saya keluar awal sehari. Baby Lynda keluar esoknya, 18hb Januari 2010. Okay, ini gambar masa saya dan Lynda pregnant. Gambar ni masa seronok sakan makan. Jamuan Raya Aidilfitri di perkarangan pejabat. Sila abaikan pakcik Hassan yang sibuk nak interframe bersama ibu mengandung ni.


Nak tengok gambar anak? Saya sangat terkejut bila first time tengok gambar anak Lynda. Macam tak percaya saja. Semasa di dalam pantang kami sempat bertukar kabar, bertukar gambar saja. Maklumlah, sama-sama berpantang. Tak dapat nak melawat. Okay, ini gambar anak-anak permata hati kami.

Ini Muhammad Qaliff Azfar. Dilahirkan pada 18hb Januari 2010 dengan berat 3.8kg


Ini Tuah Mirza Ukasyah. Dilahirkan pada 17hb Januari 2010 dengan berat 3.51kg.
Okay. Saya harap lepas ni, anak saya dan anak Lynda dapat berkawan macam mana saya dan Lynda berkawan. Semoga persahabatan kami akan kekal sampai akhir hayat, dan sambung dengan anak-anak pulak. Friendship Forever.

No comments: