This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Puncak Mutiara Cafe

Pernah tak makan sesuatu yang kita memang tak mahu makan atas sebab-sebab tertentu. Samada secara sengaja atau tidak sengaja. Pergh! Perasaannya sama saja. Sengaja atau tidak sengaja. Perasaannya adalah : Nak termuntah tak boleh blah!
Perjalanan masuk. Tempat makan ni, atas bukit dalam kampung je. Kalau siapa-siapa tak tahu, memang sampai sudah tak tahu la. Aman damai saja. Macam hendak balik beraya ke kampung halaman pun ada. Memang suasana kampung betul.

Okay, ini signboard yang berada terceruk di dalam semak ada buaya. Hati-hati jangan turun. Ada buaya. Okay sekarang sudah tahu kan? Kita hendak menuju ke Puncak Mutiara Cafe.

Yareba! Sudah sampai. Tidak sabar-sabar hendak melompat turun dari kereta. Nyaris juga kereta Athirah hendak bergesel dengan tembok batu tepi jalan ni. Sebab asyik seronok sangat dah sampai. Tengok sana tengok sini tengok depan tapi tak mahu tengok belakang, Itulah akibatnya. Nasib baik tidak terjadi apa-apa. Kalau tak, makan nasi berulam jantunglah alamatnya hari itu. Para penumpang pun kemungkinan besar perlu berdiri di tepi jalan sambil menunggu bas.

Muka seronok baru sampai. Makan free siapa tak seronok? Masa ini tengah enjoy ambil gambar sana sini macam pelancong asing. Macam tidak pernah berjumpa dengan pokok buluh, kolam ikan, meja makan, semua hendak ambil gambar.

Tengok ini. Muka kantoi sudah dapat tahu makan sesuatu yang tidak ingin dimakan. Saya termakan Sate Arnab. I Loya serta merta. Terasa seperti gelap masa depan. Terbayang-bayang Si Arnab putih yang sedang melompat-lompat bersama lobak merahnya. Fuuu..tahan.tahan.tahan. Nak termuntah.

Nah! Inilah dia. Muka tak boleh tahan hendak muntah. Langsung tidak lalu untuk menjamah apa-apa dah. Tenung saja pinggan di depan mata sambil terlihat-lihat Si Arnab Putih yang sedang melompat bersama lobak merahnya. Kepala sudah naik pusing. Itulah. Tadi engkau bergembira sangat. Ambik gambar kampung halamanlah. Ambik gambar kolam ikan lah. Ambik gambar pokok buluh lah. Nasib baik tiada orang mengambil gambar engkau sedang terbongkok-bongkok muntah Sate Arnab.

Sebelum tamat, ada pengumuman. Tajuk Pengumuman : 365 hari Mencari Cinta. Single and Available. Ciri-ciri wanita idaman memang tersenarai pada mereka. Pandai memasak, pandak bermain bowling, pandai bermain selambut dan petanque. Owh, sangat sesuai dibuat menantu oleh ibu-ibu Mertua yang mempunya anak teruna.

2 comments:

Yan said...

kenapa tak suke daging arnab???
dulu yan penah bela arnab.. so bile mak p haji... ayah cakap dia dah buang arnab tu... tp tup2 esoknye dia bawa balik daging arnab.. makpun masak.. tak tau masak ape... tp rase sedey sangat.. sbb rasenye arnab yg dibawa balik tu arnab yg kami bela..
so yan tak makan..

tp lepas kejadian tu.. ayah bawa balik daging arnab lg.. kalini baru yan makan.. ok jek rasenye.. mcm ayam jgk

tun~teja said...

tak tahu. tapi memang tak makan. sebab arnab comel sangat. tengok arnab nampak mcm kucing. tengok kucing nampak mcm arnab. hissshh.. tak boleh blah betul.