This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Mama jangan Nakal, Tuah banyak Kerja

Tengok Tuah. Termenung saja dia. Kasihan kan. Tuah termenung bukan pasal apa. Dia sangat susah hati. Sebabnya minggu depan Tuah kena hadir mesyuarat VO bersama Tuan Pengarah JKR Pulau Pinang. Tuah bimbang sangat-sangat. Sebab takut tak boleh nak jawab nak tangkis soalan maut dari Tuan Pengarah. Malu la Tuah kalau tak boleh jawab.

Risau betul Mama tengok Tuah. Asyik termenung sana sini. Makan pun sudah tidak berapa nak lalu. Kepala asyik terpikir macam-macam. Tadi Abah bagitahu Mama, Tuah tertinggal kunci kereta dalam kereta masa pergi bank. Tuah sudah panik semcam. Ada orang lalu lalang dekat bank tu kata, Tuah sikit lagi saja hendak berguling atas jalan depan bank tu. Tuah, jangan lah buat macam tu. Malu Mama dengan Abah.


Tiba-tiba Tuah hantar MMS kat Mama beserta mesej yang panjang:

Mama!Mama! Tengoklah atas meja Tuah. Banyaknya fail dengan dokumen yang Tuah nak kena study sebelum pergi mesyuarat nanti. Tuah sedih banyak-banyak sebab Tuah tak boleh main FB selalu. Tuah kena buat kerja banyak-banyak. Tuah kena study banyak-banyak. Banyak drawing yang Tuah nak kena siapkan untuk tatapan Tuan Pengarah. Mama bukan tak tahu, Tuan Pengarah kita tu detail sangat. Semut dalam rumput pun dia nampak.

Mama, petang ni Tuah balik lambat sikit. Tuah nak siapkan drawing ni sikit lagi. Mama duduk rumah elok-elok tau. Jangan nakal sangat. Kalau hendak pergi bersembang dengan jiran boleh, kalau hendak mengumpat dengan jiran tak boleh. Tak baik tahu, mengumpat, berdosa. Bulan ramadhan dah dekat, Mama sila bawak-bawak bertaubat.

Okay Mama, Tuah nak buat kerja. Mama sila pergi masak nasi untuk Abah dan Tuah. Malam ni masak sedap-sedap. Tuah nak makan banyak-banyak. Mama jangan main walker Tuah tau. Walaupun Tuah tak berapa suka naik walker Itik Hijau tu, tapi Mama jangan lah ada hati nak ranapkan walker Tuah tu. Mana tahu nanti Tuah terbuka hati nak naik walker tu buat pergi racing dengan anak jiran sebelah rumah kita tu. Okay tu saja Tuah nak mesej Mama.Babai Mama! Mama...!! Jangan lupa, tutup lampu lepas keluar bilik air tau!! Bye!!!

Uhuk! Uhuk! Okeh baik anakku Tuah.

4 comments:

blackmountain said...

Hahahahahhaha...lawak la adik...
anyway, good luck Tuah for the meeting, sblm jumpa Tuan Pengarah tu, sembur ja Ridsect kat pelan tapak tu bg mampus semua semut2 dlm rumput :p n bawak la Itik Kunin wat peneman

Tun_Teja said...

huhuhuhu.. Mama Tuah yang takut sangat-sangat ni Tuah nak p meeting.

Yan said...

erkkk terkedu jap

Tun_Teja said...

Yan : hehehe. mama Tuah pun terkedu jap.