This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Memasak is Fun

Pernah kan saya bagitahu yang sebelum ini saya tak suka masak dan tak pandai masak. Sekarang pun tak pandai masak jugak. Tapi still learnings. Memasak itu sangat seronoklah. Tak tahu nak cakap seronok bagaimana. Tapi sangat seronok. Sekarang memasak menjadi salah satu hobi saya. Yang mana satu waktu dulu, memasak adalah bukan di dalam list hobi saya. Masa tersebut, periuk belanga engkau semua boleh blah!

Sangat seronok dan berbesar hati bila tengok masakan kita di jamah oleh orang-orang tersayang. Hee. Kalau tak makan nak kena lah tu, penat saya memasak boleh pulak jual mahal tak mahu makan. Walaupun kadang-kadang saya hanya masak masakan yang simple saja, tapi kepuasan tu tetap ada.
Saya kagum dengan orang yang pandai memasak dengan rasa sedap sekali. Sangat kagumlah. Semua orang boleh memasak, tapi bukan semua orang boleh memasak dengan begitu sedap sekali. Masakan saya pulak, hendak kata sedap sangat tu tak lah. Nak kata tak sedap tu, rasa macam menghina bakat masakan diri sendiri lah pulak. HaHa. Jadi saya bagi ratings pada masakan saya adalah B iaitu boleh dimakan dengan syarat, harus diperbaiki lagi dari masa ke semasa.

Jadi petang semalam lepas balik bawa Tuah ronda ronde naik motor sampai terlena telah termotivasi hendak buat 'Sandwich Ronda Ronde Penat Naik Motor Sampai Terlena' untuk minum petang. Sangat kenyang sampai tak lalu dah nak makan malam lagi. Jadi nya makan malam saya jam 10.00 malam. Pergh. Tak lalu dah nak jamah makanan. Kenyang masa minum petang masih terasa.

Picture by Google. Tak adalah saya ada kudrat hendak buat sandwich tinggi sampai mencecah siling macam ini.

2 comments:

yonna said...

ada orang yang sebelum kahwin, nak masak sardin pun tak reti. tapi lepas kahwin, hahhh dah macam shef kat dapur hahaa. ye lah, sebab nak masak untuk suami kan? :)

takpe la akak, belajar slow2 kan boleh? cuma kena rajin je la :D

Tun_Teja said...

Yes Yonna, akak memang tak reti masak sangat. Bukan apa sebab dah duk dgn famili, so tak ambik port bab masak-masak. Sebab dah ada best chef kat umah kan. Kalau akak masak harus semua keracunan makanan. Tapi practise make perfect!