This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Pasangan Ideal: Nasi Lemak Kopi Ais

.:Sumber dari Google Pics:.

Pagi tadi dari semalam hujan tak berhenti-henti. Saya dan Abah Tuah sedang berkira-kira berapa minit nak banjir, berapa minit nak banjir. Tapi tak banjir-banjir pun. Alhamdulillah. Cuma terbazir sikit masa tidur. Sebab asyik buka tingkap, tutup tingkap, check banjir tak banjir. Maka pagi-pagi perut lapar. Dari rumah, sarapan dengan segelas milo panas buat alas perut. Sampai opis, kawan-kawan sepermainan meja makan ajak keluar mencari meja makan.

Maka saya telah mengorder, Nasi Lemak. Pergh, nikmat dapat makan Nasi Lemak panas-panas. Cuaca pulak mendung, sejuk membuai jiwa. Lepas makan boleh terus tidur. Sebab perut sudah selesa. Banyak cengkadak, nak tidur masa kerja. Awal pagi pulak tu. Lepas makan pulak tu. Tak sedar diri makin membulat la tu. Nak kena sekeh kepala lutut lah tu.

Minum pulak order Kopi Ais. Wah! Kopi Ais adalah pasangan yang sangat ideal bagi Nasi Lemak. Sekarang saya sangat addict dengan Kopi Ais. Pergi mana pun mahu order Kopi Ais saja. Sekarang muka sudah macam Kopi Ais. Sikit saja lagi. Nanti satu hari bila muka sudah betul-betul bertukar jadi Kopi Ais, saya tepek gambar muka Kopi Ais tersebut di sini. HaHa.

Lepas makan, balik pejabat terus mata semacam hendak terpejam. Hendak tak hendak saja mata ni hadap PC. Kalau kat rumah, memang tak ada chance lah. Kasi tidur sampai gemuk lah saya hendaknya. Nasib baik di opis. Nasib baik pakai kebaya. Terpaksa cover perut, takut butang baju tercabut. Apa hal engkau makan sampai butang baju tercabut. Tidakkah itu dinamakan situasi yang sangat serius??

2 comments:

Yan said...

nasi lemak.. ngan kopi o panasla.. nape kopi ais plak.. pelik jek.. hehehhe

tun~teja said...

Nasi Lemak dah pedas, Kalau pedas terus nak minum air. kopi O panas pulak. dah pedas, panas pulak. Kopi Ais jelah. Senang. Terus boleh minum. HaHaHa.