This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

OBSES

Saya bukan hendak jadi seorang kurus yang berpenyakit. Saya suka jadi seorang yang kurus sihat tubuh badan dan minda. Okay, saya memang sangat sangat sangat obses dengan berat badan. Kalau siapa-siapa pandai-pandai komen saya sudah berisi. Memang saya akan moody sepanjang hari. Balik terus tak mahu makan apa-apa dah. Okay, sila beri perhatian. Jangan tiru perangai saya.

TETAPI, orang yang agak berisi (saya tak mahu gunakan istilah gemuk) bukan semuanya tidak sihat. Asalkan menjaga pemakanan, selalu bersenam mengeluarkan peluh, aktif, bagi saya tiada masalah. Asalkan tuan empunya badan selesa dengan diri sendiri, tidak memudaratkan aktiviti seharian okay saja. Dalam kes ini, hanya saya yang menjadi OBSES untuk kurus. Kurus yang sihat ya! Mind You...

Masalahnya di sini dalam hati ada perasaan membuak-buak bagai gunung berapi mahu meletup hendak kurus, tapi perut sangat lah suka mengunjungi restoran fast food. Nak kurus hapa-kejadahnya-entahlah-haku-ni. Perangai saya yang satu ni, memang menjadi bahan bebelan Mr.Hubby. Dia cakap sampai bila pun tak kurus.

Seingat saya, berat saya semasa sekolah menengah rendah adalah sekitar 45kg-47kg. Bila masuk ke asrama semasa di sekolah teknik. Berat saya membangun dengan begitu pesat sekali. Orang kata sebab makan nasi kawah. Betulkah? Lepas tu, saya masuk Politeknik. Masa di poli saya sangat aktif. Aktif mengayuh basikal pergi kelas balik kelas, pergi kedai balik kedai, pergi padang POLO balik padang POLO. Tapi tak kurus jugak. Tambah gelap lagi adalah. Masa ni berat saya sekitar 50kg-54kg. Untuk orang seperti saya, berat tu dah boleh kategori sedikit berisi dengan ketinggian lebih kurang 5'2''. ( Sejak bekerja, saya sudah pandai menggunakan kiraan dalam bentuk 'kaki' dan 'inci')

Bila saya sudah bekerja, berat saya sudah turun sedikit demi sedkit. Hingga mampu memakai size S. Dalam hati seronok tak terkira. Bila berjumpa dengan kawan-kawan lama pun, hati seronok bila ada yang menegur saya kelihatan kurus sedikit. HeHeHe. Dan juga sedikit cerah. Maklumlah pergi kerja sudah tak payah kayuh basikal lagi.

Sewaktu mengandung, saya sangat susah hati dengan penambahan berat badan yang hampir mencecah 15kg. Wah! ingat senang hendak turunkan 15kg tersebut ke berat asal? Saya sangat susah hati sampai ada kawan yang menegur, kenapa hendak susah hati sangat? Orang mengandung memang lah berat badan naik mendadak. HuHuHu. Hati menagis. Tapi mujur lepas saya bersalin, berat saya turun dengan jaya dan cemerlang sekali, semua hilang tak tahu mana pergi. Hilang almost 11kg. Jadi, baki 4kg yang degil tak mahu hilang tersebut, perlulah saya nyahkan sendiri.

Owh, untuk ibu-ibu yang baru bersalin, breasfeed adalah salah satu cara yang paling senang hendak turunkan berat badan. Sangat, sangat berkesan dan mudah. Saya sendiri kagum dengan perubahan berat badan semasa breastfeedkan si Tuah. Tapi selepas Tuah sudah tak mahu breasfeed lagi, saya kecewa dengan begitu hiba sekali, sebab berat badan mula naik.

Jadi sekarang, saya berusaha untuk menurunkan berat badan kembali. Dengan penuh iltizam, saya yakin boleh! Emm. Saya tidak suka ukur berat badan dengan penimbang. Sebab saya akan risau dan frust bila tengok tak ada angka yang menurun. Jadi saya hanya mengukur dengan pakaian lama sahaja. Jika saya muat, maknanya saya berjaya menurunkan berat badan. Jika masih belum muat, buang baju tersebut, pergi beli baju lain. Eh tak adalah. Itu penurunan berat beg duit maknanya.

Jadi, harapan saya semoga Ramadhan tahun ini, saya dapatlah menguruskan dosa, menggemukkan pahala, menguruskan badan dan menggemukkan beg duit raya.

Okay, ini BMI kategori:

2 comments:

Yan said...

teja dah tukar title blog eh.. id pun dah tukar Teja Mama Tuah..

umah yan takde penimbang.. langsung tak tau ni bape kg da skang ni berat.. tp ms peknen baru ni tak byk naik.. peknen 5 bulan smpi 9 bulan berat menten 66kg..

Teja Mama Tuah said...

Ha'ah dah tukar, atas sebab-sebab tertentu. HeHeHe.

Whoah! best betul. Mantain macam tu je sampai lahir kan Adhwa. Best. Best. Best. Mesti skrg Yan dah turun banyak. Kurang-kurang pun masa kita bersalin, at least 10kg dah tau dah. 66kg-10kg tinggal 56kg. Okeh la tuh.

Pastu menyusukan Adhwa lagi. Boleh turun 2-3kg lagi tu. Wah selim melim ah Yan pas ni. huuuuu Jeles Teja. HeHeHe.