This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Selamat Datang Ya Ramadhan

Salam kawan-kawan. Pagi tadi pagi pertama kita bersahur di bulan Ramadhan. Malam semalam malam pertama kita berterawih di malam pertama Ramadhan. Semalam bumi tempat saya tumpang berteduh dilimpahi hujan yang mencurah-curah. Seolah-olah menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh limpahan keberkatan dengan curahan air hujan itu.

Masa bersahur tadi, teringat pula saya kenangan bersahur tahun lepas. Tahun lepas saya bersahur berdua saja dengan Mr.Hubby. Ditemani dengan TV cerita Qalesya. Kami berdua bersahur. Sambil-sambil tu, saya berpesan kepada baby yang masih di dalam perut supaya menolong Mama dia supaya dapat berpuasa penuh Ramadhan kali itu. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan sebulan berpuasa, tanpa penat lelah. Risau juga, jika baby lapar. Tapi saya selalu pesan pada baby masa bersahur, kita kena berpuasa. Jadi baby kena bersahur sama Mama. Esok kalau lapar, baby tidur, nanti buka puasa kita makan sedap-sedap. Alhamdulillah dia berkerjasama dengan begitu baik sekali.

Tahun ini, baby sudah keluar. Ya. Yang montel itulah. Pagi tadi masa bersahur, dia pun bangun juga. Bersahur jugak. Minum susu dan nestum dia. Habis sebotol, terus tidur balik. Amboi dia. Tuah sangat suka makan kurma. Semalam masa saya bagi dia kurma, sampai tak menyempat. Kurma belum sampai ke mulut, dah ternganga luas. Sampai jari Mama pun kena gigit. Sedap sangat agaknya. Baru Mama teringat. Masa mengandungkan Tuah, bulan puasa Mama tiap hari makan kurma. Tak pernah miss. Makan masa Iftaar dan masa bersahur. Agaknya sebab tu Tuah suka makan kurma.

Harap-harap, Ramadhan kali ni, keluarga kita akan menempuhi Ramadhan yang lebih bermakna.

8 comments:

blackmountain said...

Alhamdulillah kita sama-sama dapat posa penuh thn lps, thn ni taktau lg,insya ALLAH ble kut kan

Teja Mama Tuah said...

Alhamdulillah dapat menghabiskan puasa penuh sebulan last year. Tahun ni, tak tau lah lagi kak anis. Kalau di izinkan dapat lah puasa penuh. Kalau keadaan tak mengizinkan ganti menggantilah pas raya nnti.

Yan said...

salam ramdhan buat teja sekeluarga

Teja Mama Tuah said...

Salam Ramadhan buat UmmiAbbiQisAdhwa juga. Wah dah makin panjang pulak Nama ye. HeHeHe.

Yan said...

teja..
padanlah yan tgk kt list blog teja tak berupdate..
upenye teja dah tukar link eh..

Teja Mama Tuah said...

Ha'ah, dah tukar link sekali. Sori lupa nak updatekan dalam entry.

yonna said...

alallala sebok jugak si kecik tu nak bersahur hehhe

Teja Mama Tuah said...

Ha'ah Yonna, time berbuka dia la insan paling sibuk sekali. Time nak berbuka kena bagi dia makan dulu siap-siap. Kalau tak dia naik walker laju-laju belasah belakang Abah dia. HaHaHa.