This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Ketupat Anyaman Mulut

Isteri   : '' Pagi-pagi buat ketupat, pagi-pagi buat ketupat..'' sambil betul-betulkan tudung.
Suami : '' Kenapa? Busyuk Be**k ke? '' tanya si suami terpinga-pinga.
Isteri  : '' Tak lah. tuuu..'' sambil si isteri memuncungkan mulut bewarna merah menyala tu.
Suami : '' Owh.''

Pagi-pagi sudah berkumpul di pintu pagar rumah, sambil bercerita info terkini. Yang baik, tak baik semua cerita. Janji info terkini. Sambil tunggu lori ikan datang bawak ikan yang tak berapa nak segar tu, sambil-sambil menganyam apa-apa yang patut. Entah-entah pasangan suami isteri tadi tu pun pernah tersenarai dalam intisari mereka. Abaikan.

Itu lorong sendiri, lorong satu lagi?? Lagi dasyat. Tiap hari pun boleh tahu jam berapa kereta ferrari terhebat di taman tersebut lalu lalang depan rumah mereka. Bagus betul. Pemandu dia pun tak pernah alert dengan jam. Sebab setiap hari pun memang lewat. Jadi jam pukul berapa sudah macam tak berapa penting. Bagus! Nanti cukup bulan, jangan lupa bagi rekod waktu pemanduan ferarri terhebat pada pemandu tersebut. Senang mahu bayar claim kerja lebih masa mereka yang terlebih rajin tersebut.

Pengasuh anak kepada pasangan suami isteri tersebut memang baik, tidak lagha dengan aktiviti sosial yang tidak berfaedah. Setiap malam berjalan kaki solat berjemaah di masjid. Ada yang prihatin bertanya, larat lagikah mahu ke masjid, siang penat menjaga anak-anak kecil, malam ke masjid. Siannn ko Jah. (Jah : bukan nama sebenar) Kalau tak larat kenapa? Hendak tolong jagakan anak-anak kecil itukah? Engkau mana layak, rumah engkau banyak sangat kain buruk, persekitaran tidak sihat. Engkau itu, yang pandai bercakap itu, sama-sama berjalan ke masjid kah? Ataupun hanya betergur sapa di depan pintu pagar rumah sementara orang perlu cepat-cepat pergi ke masjid?

No comments: