This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Penemuan Baru : Perkahwinan Dua Pokok Tanpa Restu

Tadi tengahari melepak di kaunter peyambut tetamu. Owh..waktu rehat ya! Mind you.. Sedang bergossip seronok-seronok, ada sorang pakcik bawak masuk sepohon pokok hijau. Sebelum tu saya tengok dia dengan tukang kebun tengah mencabut rumput di kawasan kolam hadapan pintu masuk bangunan utama. Dia membawa satu penemuan baru.

Alkisahnya pokok berdua ni, sudah berkahwin. Tapi kahwin tanpa restu, agaknya mereka berdua kahwin di Siam, datang menetap untuk membina hidup baru di perkarangan pejabat saya. Malangnya akibat berkahwin tanpa restu kedua-kedua keluarga, hayat perkahwinan mereka tak panjang. Mereka berdua menemui ajal bersama-sama. Tapi tak tahulah saya, kalau pakcik tadi pergi tanam balik. Lalu mereka akan terselamat dan hidup bahagia selamanya.



Okay, dapat notice tak?? Ada dua pokok yang berlainan? Satu adalah pokok semalu. Yang bila kita sentuh daun dia, dia akan menguncup. Satu lagi adalah pokok sabun. Saya pun tak kenal pokok sabun macam mana, tapi pakcik tadi bagitahu macam tu lah nama dia.

Berita terkini saya dapat tahu, pokok tersebut berada di dalam genggaman makcik cleaner. Tak tahulah saya kalau esok tiba-tiba muka dia terus glemer terpampang muka depan paper Metro dengan pokok ni. Saya harap pokok ni dapat survive bersama. Jangan putus asa, bina lah semula rumahtangga anda ya pokok berdua.

Note : Agak-agak tajuk entry ni kalau masuk paper Metro boleh meletops tak? KahKah.

3 comments:

Ayu Ikhwani said...

Wahh.. boleh ek tumbuh camtu?

Teja Mama Tuah said...

Ntah la kak Ayu, macam mana diorang leh kawen pun taktau.

Yan said...

uikkk pelikkk